Song Ji-hyo kata dia tidak mahu aktres Yoon Eun Hye muncul dalam ‘Running Man (RM)’, lapor portal SBS.

Dalam salah satu episod ‘Running Man’, setiap ahli RM mesti buat manifesto kepada kru produksi untuk dapatkan undi bagi ‘pilihan raya’ sebagai ‘anggota paling boleh diharap tahun 2022’.

201605688 1280

Tiba giliran Yu Jae Seok, dia buat janji untuk menarik perhatian ramai.

201605687 1280

“Saya percaya betapa pentingnya rancangan kita ni untuk bikin viral. Untuk itu, ada satu benda yang saya boleh buat.” katanya dengan saspens.

“Kita cuba ajak Eun Hye untuk datang di show ni tahun depan.” ujarnya lagi dan cadangan itu mendapat sorakan seluruh kru produksi.

Sebagai respons kepada janji manis Jae Seok, Kim Jong-kook ketawa sambil kata “Kau mesti dah gila”.

201605686 1280

Tiba-tiba Ji-hyo cakap, “Kenapa cuma tanya pendapat Jong-kook? Saya tak suka idea tu.”

Nadanya sungguh tegas sampai ahli RM yang lain terkejut termasuk kru produksi.

201605685 1280

Dulu Kim Jong-kook dan Yoon Eun-hye pernah mendapat perhatian ramai kerana babak sweet-sweet dalam rancangan TV SBS, ‘X-Man’.

Terkini, bunga-bunga cinta antara Kim Jong-kook dan Song pula yang sering ditayangkan dalam ‘Running Man’.

 

Previous articleNetizen Korea ‘Bising’ Wartawan Amerika Tanya Soalan Begitu Kepada Lee Jung Jae
Next articlePelatih K-Pop Ini Cerita Kenapa Dia Tinggalkan Agensi Ternama