Home Entertainment Netizen Berbelah Bahagi Selepas Pelawak Korea Ini Beritahu Cara Dia Mengorat Isterinya...

Netizen Berbelah Bahagi Selepas Pelawak Korea Ini Beritahu Cara Dia Mengorat Isterinya Yang Muda 23 Tahun Darinya

0

Pelawak Park Soo Hong, yang sebelum ini menjadi berita utama di Korea dengan kontroversi keluarganya, baru-baru ini mengadakan majlis perkahwinan dengan isterinya, Kim Da Ye.

Pasangan itu juga muncul di TV Chosun’s Chosun’s Romantist, dan berkongsi kisah cinta mereka. Mari lihat perspektif Park Soo Hong dan Kim Da Ye tentang cara mereka bertemu!

unnamed 1 5

Bermula dengan perspektif Park, dia mendedahkan, pertama kali bertemu dengannya di satu acara. Dia menyatakan, “Impression pertamanya ialah dia tak layan pun saya. Orang biasanya memulakan perbualan dengan saya dahulu, tetapi dia pendiam. Jadi saya yang kena mula bercakap dahulu, tetapi dia tidak senyum langsung.

Walaubagaimanupun, dia tetap mahu berjumpa dengannya lagi dan meminta kawannya untuk aturkan sama ada mereka boleh makan bersama.

Dia menambah bahawa dia meluahkan perasaannya terhadap isterinya itu tetapi ketika itu dia tidak membuka hati kepadanya selama hampir setahun.

unnamed 2 3

Sebaliknya, Kim Da Ye berkongsi perspektifnya. Dia menyatakan, “Saya berusia 27 tahun ketika itu dan tidak berminat kerana saya masih muda. Dia berbeza daripada apa yang saya bayangkan sebagai selebriti. Saya fikir dia hanya main-main sahaja, jadi kami kekal berkenalan selama setahun.”

Tetapi pada tahun itu, dia melalui masa yang sukar dan ketika itu dia menyedari bahawa Park Soo Hong adalah satu-satunya yang ada di sisinya.

“Selepas tamat pengajian, saya sibuk bekerja dan dia akan tumpangkan saya selepas bekerja. Dia kemudian memberitahu saya bahawa dia sedih kerana saya pulang ke rumah tanpa makan malam bersamanya. Sejujurnya, saya tidak tahu kerana saya tidak berminat dengannya.

Baca lagi: “Saya Akan Bunuh Awak!”- Personaliti TV, Park Soo Hong Dipukul Ayahnya

unnamed 3 2

Tetapi selepas setahun, saya akhirnya membuka hati. Saya melalui masa yang sukar pada tahun 2019, dan dia satu-satunya di sisi saya. Dia tidak berubah selama setahun itu jadi saya mula fikir yang dia benar-benar ikhlas. Masa tulah kami mula bercinta.”

Namun, kisah percintaan itu mendapat reaksi yang bercampur-baur daripada netizen, memandangkan perbezaan umur mereka.

“Mereka berdua gembira bersama, perlu ke kita bercakap mengenai jurang umur? Mereka dah berjaya mengatasi halangan itu, jadi kita hanya perlu mengucapkan tahniah sahaja kepada mereka.”

“Tidak mengapa mereka gembira bersama, tetapi adakah ia benar-benar perlu disiarkan di TV. Saya takut kalau ada lelaki yang pelik akan melakukan benda yang sama kepada gadis muda.”

“Wah dia mengikuti seorang gadis berusia 20-an selama setahun??”