Home K - Pop “Saya Akan Bunuh Awak!”- Personaliti TV, Park Soo Hong Dipukul Ayahnya

“Saya Akan Bunuh Awak!”- Personaliti TV, Park Soo Hong Dipukul Ayahnya

0

Personaliti TV, Park Soo Hong dikejarkan ke hospital setelah dipukul oleh ayahnya ketika sesi mengenalpasti di pejabat pendakwa raya.

1664850254 download 23

1664850254 download 21

Pada 4 Oktober yang lalu, Park Soo Hong telah dijadualkan untuk mengenalpasti penjenayah dengan abang nya, yang baru-baru ini ditahan kerana terlibat dengan kes penyelewengan duit di Pejabat Pendakwaraya Daerah Korea Selatan Barat. Ayah Park Soo Hong turut hadir ketika perbicaraan tersebut.

Ketika wakil daripada Park Soo Hong, ayah beliau telah bertindak untuk memukul beliau dan mengeluarkan kata-kata yang berbaur ugutan, “Saya akan bunuh awak dengan senjata”, dan banyak lagi. Pegawai polis dan ambulans telah bergegas ke kawasan kejadian selepas berlakunya serangan yang tidak dijangkakan itu di pejabat pendakwaraya. Park Soo Hong telah dikejar ke hospital menggunakan ambulans. Walau bagaimanapun, tahap kecederaan Park Soo Hong masih tidak diketahui.

Sementara itu, abang Park Soo Hong telah ditahan kerana mencuri jutaan wang milik personaliti TV tersebut.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Peminat Bimbang Tentang Penurunan Berat Badan IVE Jang Wonyoung Baru-baru Ini