Home Artis Korea Nana ‘Mask Girl’ Bakal Berkahwin?

Nana ‘Mask Girl’ Bakal Berkahwin?

0
Nana

Para peminat dikejutkan dan digemparkan dengan khabar angin berita perkahwinan Nana, salah seorang bintang yang menyerlah dalam drama siri Netflix Mask Girl (2023).

IMG 1407 1

Tanda pagar (hashtag) Nana Gyeolheun (dalam tulisan hangeul) trending di Twitter Korea Selatan semalam. Namun, ramai peminat yang skeptikal dan ragu-ragu kerana tidak pernah mendengar gosip ataupun khabar angin percintaan dan hubungan romantik artis tinggi lampai ini dengan mana-mana lelaki beberapa tahun kebelakangan ini.

Jom sama-sama kita lihat adakah benar Nana akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi di bawah ini!

 

1. Tanda pagar Nana Gyeolheun viral di Korea Selatan

IMG 2588Tanda pagar Nana Gyeolheun dalam tulisan hangeul yang bererti Nana Berkahwin trending di Twitter Korea Selatan pada 28 Ogos 2023. Benar-benar menggemparkan industri hiburan Korea Selatan dan mengejutkan para peminat setia selebriti ini. Para peminat memang yakin bahawa Nana yang dimaksudkan adalah pelakon yang membawa watak Kim Mo Mi B dalam Mask Girl (2023).

Namun, masih ramai juga peminat yang agak skeptikal kerana anggota kumpulan After School ini tidak pernah bersikap terbuka tentang hubungan cinta dan asmaranya sejak beberapa tahun ini. Si cantik manis ini kali terakhir pernah digosipkan bercinta dengan pelakon lelaki Korea iaitu Hong Jong Hyun lapan tahun yang lalu, tetapi khabar angin itu dibantah sekeras-kerasnya oleh artis manis ini.

 

2. Rupa-rupanya pelakon muzikal Na Ha Na yang mengumumkan perkahwinan

6f62a5f6 58ab 4222 9f85 e9b8ebc21519Dipetik dari Koreaboo melalui KBIZoom, ternyata khabar angin itu tersebar selepas pelakon muzikal Na Ha Na mengumumkan berita tentang perkahwinannya. Na Ha Na akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon muzikal Yoon Eun Oh dan mereka sudah bercinta selama 2 setengah tahun.

Pihak agensi juga mahupun artis itu sendiri nampaknya tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menjelaskan situasi dan salah faham yang terjadi.

 

3. Para peminat salah faham kerana penulisan tanda pagar yang tidak lengkap

Nana

Ternyata tanda pagar yang trending di Twitter hanya ditulis Nana Berkahwin dan bukannya nama Na Ha Na yang disebut akan berkahwin. Sehingga para peminat turut salah faham setelah mendengar khabar angin ini. Tiada niat nak prank, tapi nampaknya peminat sudah terlanjur salah paham.

Baca lagi: Bulbbul, Thriller Mistik India Dengan Kisah Dongeng Gelap
Baca juga: Benarkah “Mask Girl” Mencerminkan Masyarakat Korea Yang Tidak Selamat?