Home Artis Korea Kim Bum Akan Membintangi Filem Indonesia “Tanah Air Kedua”?

Kim Bum Akan Membintangi Filem Indonesia “Tanah Air Kedua”?

0

Kim Bum disebut-sebut akan bergandingan berlakon dalam filem Indonesia bertajuk “Tanah Air Kedua” bersama Maudy Ayunda

Nama Kim Bum sendiri sudah terkenal di Indonesia, sejak dia berlakon dalam drama siri popular, Boys Over Flowers.

Dipetik dari media Indonesia yang mendapat maklumat dari laman sawang rasmi pejabat kerajaan Jawa Barat Jabarprov, Garut Indonesia pada 26 Ogos 2023. Ketua Daerah Garut Rudy Gunawan mendedahkan bahawa Garut dan Korea Selatan memiliki hubungan bilateral yang istimewa.

IMG 2622

Bahkan, salah seorang rakyat Korea Selatan, Yang Chil Seong atau nama Indonesianya Komarudin, diakui sebagai pahlawan lokal yang berjasa besar bagi Daerah Garut.

Rudy Gunawan dan Duta Besar Korea Selatan, Lee Sang Deok juga sempat berjumpa. Salah satunya yang dibahas ialah berkaitan projek kolaborasi pembuatan filem Tanah Air Kedua (Second Homeland) yang dikhabarkan akan dibintangi pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Bum dan pelakon popular wanita Indonesia, Maudy Ayunda.

Filem kolaborasi Indonesia-Korea Selatan tersebut juga bertujuan untuk mempromosikan potensi pelabur untuk membuat pelaburan di Daerah Garut.

Rudy Gunawan mendedahkan hal tersebut dalam acara Malam Pesona Pelaburan Daerah Garut di Hotel Luwansa, Jakarta Selatan pada Jumaat, 25 Ogos 2023. Dalam acara tersebut, Rudy berharap pelabur dari luar negara semakin tertarik untuk membuat pelaburan di Daerah Garut.

IMG 2620

Filem Tanah Air Kedua mengisahkan tentang warga Korea Selatan bernama Yang Chil Seong yang tinggal di Indonesia ketika Perang Dunia II. Selama tinggal di Indonesia, Chil Seong telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita berasal dari Garut, Wanaraja. Chil Seong bahkan mengubah namanya kepada Komarudin selama tinggal di Indonesia.

Yang Chil Seong atau Komarudin telah membantu masyarakat Garut dalam mempertahankan kemerdekaan Indonesia pada 1949 ketika Belanda datang kembali untuk menjajah. Dikenali sebagai figura yang cerdas dan gemar memberikan idea-idea bernas yang digunakan untuk strategi peperangan, tentara pribumi memberikan nama panggilan Komarudin kepada Yang Chil Seong.

Kim Bum bakal membawa peranan sebagai tokoh Yang Chil Seong atau Komarudin, manakala Maudy Ayunda membawa peranan sebagai isteri kepada Yang Chil Seong.

Difahamkan filem Tanah Air Kedua ini akan memulakan proses penggambaran pada Oktober 2023 ini. Turut dikhabarkan lokasi penggambaran akan dilakukan di Garut dan Korea Selatan.

IMG 2617

Berita ini sudah tersebar dan cukup heboh di media sosial Indonesia dan Korea Selatan, terutamanya warganet Indonesia begitu terkejut dan teruja. Ini kerana mereka tidak menyangka dan membayangkan pelakon ternama seperti Kim Bum akan berlakon dan bergandingan dengan artis negara mereka, apatah lagi untuk filem Indonesia.

IMG 2608

Bagi yang belum mengenali figura Maudy Ayunda, artis cantik ini bukan sahaja berbakat besar dalam bidang lakonan. Dia juga telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka yang berasal dari Korea. Nah..nampaknya memang pilihan terbaik untuk Maudy Ayunda berlakon bersama Kim Bum!

Kim bum

Maudy Ayunda sering kali berlakon dalam filem bergenre romantis termasuklah, “Trinity, The Nekad Traveller”, “Malaikat Tanpa Sayap”, “Refrain”, “Habibie dan Ainun 3” dan “Perahu Kertas”.

Baca lagi: Nana ‘Mask Girl’ Bakal Berkahwin?
Baca juga: 9 Filem Seram Indonesia Angkat Kisah Ketua Keluarga Bersekutu Dengan Iblis