Home Entertainment “Nampak Serasi Bersama”,-Heechul Super Junior Digosipkan Bercinta Dengan Winter Aespa

“Nampak Serasi Bersama”,-Heechul Super Junior Digosipkan Bercinta Dengan Winter Aespa

0

Youtuber Kontroversi yang membicarakan mengenai gosip artis tempatan Korea telah membuat hantaran di siaran youtube nya tentang gosip percintaan di antara ahli kumpulan Super Junior, Heechul dan ahli kumpulan Aespa, Winter.

Sojang pada awalnya menerangkan mengenai Jeno NCT, dengan mendedahkan akaun League of Legends milik Jeno kepada umum dan beberapa lagi artis SM Entertainment yang menggunakan nama samaran menarik di laman sosial tersebut.

1662136719 aespa winter that rumor was true she fell in love with a boy idol from sm 0 56 screenshot

Bagaimanapun, username yang menarik minat umum, “Kwangya President Kim Winter”, sekaligus membawa kepada gosip percintaan di antara Heechul dan Winter.

Tambahan pula, Winter telah acapkali terperangkap di dalam gosip percintaan ini kerana beliau kerap kelihatan sibuk membalas pesanan SMS seseorang. Apabila gosip itu didedahkan, netizen membuat andaian bahawa Winter telah membalas mesej kekasihnya dan cuba untuk mengenal pasti dengan siapa Winter menjalin hubungan.

Pada 2 September lalu, selepas nama samaran Heechul di League of Legends didedahkan, netizen mula menganggap yang Winter dan Heechul sememangnya sedang menjalinkan hubungan. Ini kerana Heechul akan mengubah nama samaran berdasarkan “girl idol” yang dia suka. Dia pernah melakukan ini dengan menggunakan nama samaran, “Kimwangjjang Dumpling Ahn Sohee.”

Sojang turut menjelaskan Heechul terkenal dengan cara dia mengekspresikan perasaan nya terhadap “girl idol” yang dia sukai, dan akhirnya akan bercinta dengan “girl idol” tersebut. Oleh itu, Sojang menganggap bahawa Heechul mungkin tidak bercinta tetapi beliau cuba untuk mengutarakan rasa suka nya terhadap Winter.

Salah seorang peminat Heechul turut mendedahkan yang beliau menggunakan gambar Winter sebagai profil gambar di Kakaotalk milik Heechul. Disebabkan itu, netizen menganggap bahawa mereka sedang bercinta selepas dakwaan nama samaran dan juga gambar di kakaotalk tersebut.

Okay apa kalau mereka bersama, nampak comel je.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Buah Peach Kegemaran Jin Ri”- Bekas Ahli Kumpulan KARA, Jiyoung, Melawat Pusara Mendiang Sulli