Bekas ahli kumpulan KARA, Jiyoung telah melawat pusara Sulli baru-baru ini, dengan membawa buah kegemaran Mendiang Sulli, buah peach.

Pada 2 September, Jiyoung telah memuatnaik posting di laman sosial milik beliau, dengan membuat hantaran gambar di Instagram story, memegang buah peach dan menulis caption, “Saya membeli buah kegemaran Jin Ri”, sebagai tanda kasih sayang nya terhadap Mendiang Sulli.

1662147611 image

Dalam sebuah video pendek juga dimuat naik di Instagram, Jiyoung dilihat memegang pusara Sulli dan menulis caption emoji buah peach dan bentuk hati.

1662147619 image

1662147614 image

Jiyoung merupakan salah seorang rakan baik kepada mendiang, dan kedua-dua nya lahir pada tahun yang sama, 1994. Mereka berdua juga sangat rapat, dengan mempunyai nama panggilan, “egg whites” dan “egg yolk”. Jiyoung juga pernah memberitahu di beberapa program TV yang Sulli merupakan rakan selebriti pertamanya. Jiyoung menjelaskan, “Selepas dua tahun dalam industri, saya tidak mempunyai rakan dari kalangan selebriti tetapi ketika berkongsi bilik dengan kumpulan f(x), Sulli telah mendekati saya dengan berkata, “Hi, saya juga lahir pada tahun 1994, jom jadi kawan.”

1662147957 image

Mendiang Sulli pernah berkongsi,”Jiyoung sentiasa berada di sisi tidak kira ketika susah atau senang.”

Menurut rekod, Mendiang Sulli telah ditemui meninggal dunia oleh pengurusnya pada 14 Oktober 2019, sebelum disahkan kematian nya sebagai kematian mengejut. Mendiang pernah dikatakan terlibat dengan buli siber di internet oleh netizen Korea menyebabkan mendiang mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya.

Semoga mendiang tenang di negeri abadi.

#mentalhealthawareness #itsokaytonotbeokay

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Harta Penyanyi IU Didedahkan, Dan Ia Malah Lebih Mahal Daripada Yang Anda Fikirkan 

Previous articleHarta Penyanyi IU Didedahkan, Dan Ia Malah Lebih Mahal Daripada Yang Anda Fikirkan
Next article“Nampak Serasi Bersama”,-Heechul Super Junior Digosipkan Bercinta Dengan Winter Aespa