Home Entertainment Nam Goong Min Kahwini Wanita Ini!!!

Nam Goong Min Kahwini Wanita Ini!!!

0

Nam Goong Min bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih yang juga seorang pelakon dan model, Jin Ah Reum pada Oktober depan!

Pada 28 September, 935 ENTERTAINMENT telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status perkahwinan Nam Goong Min dengan kekasih nya itu.

Berikut merupakan kenyataan daripada 935 Entertainment:

“Hi, ini ialah 935 Entertainment.

Pelakon, Nam Goong Min bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati nya yang telah lama mereka menjalinkan hubungan iaitu Jin Ah Reum.

Mereka bakal berkahwin pada 7 Oktober ini di Seoul dan mengambil keputusan untuk mengadakan perkahwinan mereka secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan juga kawan rapat. Kami berharap pihak berkait faham akan kemahuan mereka untuk mengadakan majlis secara tertutup dan tidak boleh berkongsi maklumat secara terperinci mengenai perkahwinan mereka.

Kami mengharapkan peminat mendoakan kesejahteraan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan dan memulakan hidup baru bersama. Kami juga mendoakan perkara yang sama buat peminat Nam Goong Min.

Terima Kasih.”

Nam Goong Min dan Jin Ah Reum telah bertemu selepas mereka berdua bekerjasama sebagai pengarah dan pelakon untuk sebuah filem pendek ‘Light My Fire’ pada tahun 2015. Mereka telah mula bercinta pada tahun 2016 dan telah bercinta selama lebih 6 tahun.

Tahniah diucapkan kepada mereka!

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Memang Betul…”-Nana Dedah Perkara Sebenar Mengenai Tatu Di Badan Nya