Home K - Pop “Memang Betul..”-Nana Dedah Perkara Sebenar Mengenai Tatu Di Badan Nya

“Memang Betul..”-Nana Dedah Perkara Sebenar Mengenai Tatu Di Badan Nya

0

Seminggu yang lalu, Nana telah mengejutkan peminat nya dengan beberapa keping gambar yang memaparkan tatu di hampir setiap badan nya. Gambar itu telah menjadi bualan hangat di internet dan ada segelintir yang mendakwa bahawa tatu itu adalah untuk penggambaran filem terbaru nya.

Bagaimanapun, selepas perkara itu hangat dibincangkan, agensi Nana telah mengeluarkan kenyataan mengenai tatu tersebut. Agensi turut menjelaskan bahawa perkara itu adalah privasi artis di bawah jagaan mereka.

Pada 27 September, Nana telah memberi respons terhadap isu tersebut dengan menjelaskan bahawa tatu yang dipakai olehnya adalah tatu betul. Ketika ‘press conference’ untuk sebuah drama bersiri netflix terbaru, ‘Glitch‘, Nana telah memberitahu bahawa tatu tersebut adalah tatu yang betul dan dia berhak membuat tatu itu kerana kemahuan nya dan juga badan nya sendiri.

1664316261 image

Sementara itu, untuk drama bersiri ‘Glitch’ ,Nana telah memainkan watak sebagai Heo Bo Ra yang merupakan penangkap alien dan dia menjelaskan bahawa watak tersebut penuh misteri dan dia sentiasa memberi pandangan untuk penambahbaikan drama tersebut kepada pengarah. Bo Ra juga memakai tatu yang banyak dan sentiasa mengenakan pakaian yang berwarna warni. Dia menjelaskan bahawa setiap tatu di badannya mempunyai makna dan dia sangat teliti dalam pemilihan tatu.

“Saya buat tatu ini kerana saya suka. Bukan sebab watak Bo Ra. Saya memang dah lama nak ada tatu secara peribadi.” Jelas Nana lagi.

Biarlah, tu kan badan Nana, netizen boleh kot tak payah kecam hehe.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: MOMOLAND JooE Pernah Terlibat Dengan Khabar Angin Ini Sehingga Dia Tertekan