Home News My Dearest 2: 9 Usaha Dilakukan Lee Jang Hyun untuk Melindungi Yoo...

My Dearest 2: 9 Usaha Dilakukan Lee Jang Hyun untuk Melindungi Yoo Ghil Chae

0

Drama siri My Dearest bahagian 2 meneruskan kisah cinta antara Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) dan Yoo Gil Chae (Ahn Eun-jin) yang bertemu kembali selepas pencerobohan Dinasti Qing.

Walau di bahagian pertama hubungan mereka nampaknya kandas di tengah jalan, pada bahagian kedua kali ini mereka akan menemui titik terang yang akan menyuluh jalan kebahagiaan buat mereka.

Kedua-duanya bertemu lagi dalam keadaan yang tidak dijangka. Yoo Gil Chae yang diculik dan diperangkap sebagai tawanan telah melarikan diri dan dipaksa dibawa ke Simyang bersama Jong Jong. Sewaktu bertemu Yoo Gil Chae, Lee Jang Hyun melakukan berbagai-bagai cara supaya boleh membebaskan cinta hatinya itu.

Apakah usaha yang dilakukan oleh Lee Jang Hyun? Semak di bawah ini ya!

My dearest1. Sewaktu mengetahui Yoo Gil Chae sedang berada di Simyang, Lee Jang Hyun terus menyusul dan mencarinya

 

 

7aa08327 c4ae 4376 af5d ff60ace4efef 12. Lee Jang Hyun terkejut dan marah apabila ada orang yang menghalangnya untuk melihat Yoo Gil Chae yang pada watktu itu tengah dijual

 

 

8c498030 7b97 4042 a52b 193fa9222b30

3. Lee Jang Hyun ingin membebaskan Yoo Gil Chae, namun dia dipukul dari belakang yang membuatnya pengsan dan berpisah dengan Yoo Gil Chae

 

 

532c7443 f56e 4c20 bbf2 38ba084b34e04. Tidak menyerah, Lee Jang Hyun mengupah Yoo Gil Chae supaya dia dapat berbicara berdua dan membiarkannya tidur di tempat yang lebih selesa

 

 

c791cd72 4ca5 4506 a619 6ab3d89333c25. Sewaktu si penjual berubah fikiran dan tidak mahu menjual Yoo Gil Chae dan menyerang Lee Jang Hyun, dia membalas serangan hingga Yoo Gil Chae dan tawanan lain dibebaskan

 

 

e54f090e 09a8 4add 9a59 bca80f7de5fc6. Lee Jang Hyun membiarkan Yoo Gil Chae berehat sendirian tanpa mengganggunya. Keesokan harinya dia kembali, Yoo Gil Chae sudah dibeli secara paksa oleh puteri Gak Hwa

 

 

575b32fd f786 4006 bba6 4d4c4dca14377. Lee Jang Hyun memohon untuk melepaskan Yoo Gil Chae, namun permintaannya ditolak. Tidak menyerah kalah, dia meminta bantuan putera mahkota

 

 

e0e8c7e0 8329 4a5c ae97 9f77ffcf689d8. Mengetahui Yoo Gil Chae diseksa kerana perbuatan puteri Gak Hwa, Lee Jang Hyun memohon dan rela menjadi pelayannya supaya Yoo Gil Chae boleh bebas

 

 

643e3b11 0c11 454f b1de 27a1ff6859af

9. Lee Jang Hyun rela mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Yoo Gil Chae yang menjadi target kejahatan puteri Gak Hwa sebagai syarat melepaskannya

Pada episod awal My Dearest bahagian 2, Lee Jang Hyun masih belum boleh melupakan cinta hatinya dan selalu berusaha untuk melindungi kekasihnya itu dari bahaya.

Adakah Lee Jang Hyun dan Yoo Ghil Chae akan dapat bersama? Jawapannya hanya boleh anda tonton dalam episod terbaru My Dearest bahagian 2.

Anda boleh tonton drama siri ini di ASTRO GO atau ASTRO CH393 ONe ya!

Baca lagi: 11 Pasangan Duo dalam My Dearest, Buat Perasaan Penonton Bercampur Baur
Baca juga: “My Dearest” Part 1, Nasib Akhir 13 Watak