Home Video Motosikal Kena Sita, Reaksi Abang FoodPanda Dibiar Jalan Kaki Jadi Perhatian Ramai

Motosikal Kena Sita, Reaksi Abang FoodPanda Dibiar Jalan Kaki Jadi Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok kikyycoco, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki berjalan dengan membawa beg ‘Foodpanda’ ketika menjalankan tugasnya, selepas beliau ditahan JPJ dan motosikalnya turut disita. Reaksi abang Foodpanda ini telah menarik perhatian ramai serta mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

Screenshot 2023 09 13 084611
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini terlalu ‘melampau’ kerana pihak berkuasa tidak memikirkan keadaan lelaki ini sedang mencari rezeki. Ada juga yang memetik isu-isu politik dan tidak berpuas hati atas tindakan pihak berkuasa. Netizen juga mengatakan jika lelaki itu sememangnya melakukan kesalahan, apa salahnya pihak berkuasa menghantarnya.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2.6M penonton, 257.6K sukaan dan 19.3K komen.

Baca lagi: Staff JPJ Dikatakan Kurang Ajar, Lelaki Ini Luah Ketidakpuasan Hati Dgn Layanan Yg Diterima

Baca lagi: Ditinggalkan Di Tepi Jalan, Ramai Yang Simpati Melihat Keadaan Pakcik Ini

Lihat klip durasi pendek reaksi lelaki ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@nonayard: kesiannye dia mesti dia tgh mmikir mcmana nk cr duit…bila rakyat buat keja jahat tangkap..keja halal pn payah nk buat..madani problem

@Is5993: nie zaman kerajaan madani…yaallah kuat kan iman abg food panda

@Yayang Iliyas: Sumpah aku sebak weh. Bayangkan eh. Abang tu ada anak bini tengah tunggu dia balik. Berharap ada hasil yang banyak haritu

@emy_chachacha: Allahuakbar , semoga abg kuat dgn ujian dunia,sabar bang Allah akan sentiasa bersama abg,saya doakan semoga abg dimurahkan rezeki dan dipermudahkan

@Stevia SG: biarkan mereka jawab akhirat nanti , ustaz azhar idrus kata lah…

@Yuyulkawa: terlihat tenang padahal sedang beperang dengan fikiran #panda

@yaya: weh kot ye pun tolong lah hantar , aku takleh do tengok benda ii mcm ni mmg auto nangis sbb sebak

@Rull: nk tanye abg jpj…dk kesian ke abg tu balik jln kaki…cari duit samah seriya…kite mitok maaf la kalu terkasar bahasa

@NAS250RRMLK: byg kn kebetulan kalau ada order nk di ambil atau di hantar… kesian mat

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram