Home New Post Staff JPJ Dikatakan Kurang Ajar, Lelaki Ini Luah Ketidakpuasan Hati Dgn Layanan...

Staff JPJ Dikatakan Kurang Ajar, Lelaki Ini Luah Ketidakpuasan Hati Dgn Layanan Yg Diterima

0

Sekarang ini masih lagi dilihat terdapat beberapa staff yang bersikap kurang ajar dan tidak melayan pelanggan dengan baik.

Menerusi klip vide yang tular di tiktok @shahminshozi, dapat dilihat situasi di JPJKL di mana seorang lelaki dikatakan dengan tiba-tiba ditengking oleh staff di situ kerana bertanyakan pendapat mengenai kiosk yang terdapat di UTC Sentul. Lelaki tersebut tidak sempat merakam detik dia ditengking kerana terkejut dengan tidakan staff lelaki itu dan dia cuma sempat merakam selepas itu.

Assalam. Aku nak share pengalaman aku siang tadi kat JPJKL. Ada sorang staff JPJ terpaling gangster. Dengan tak pakai uniform nye macam office tu bapak dia punya. Uniform kau mana mat? Konon sweater UFC tu terpaling fighter lah?

Adab kelaut, servis teruk, tujuan aku buat aduan dan cadangan kat JPJ Wangsa Maju ni adalah untuk repair semua kiosk yang rosak kat situ sebab dua je yang elok, dan takde satu pun kiosk untuk cetak salinan geran, punya la kesian JPJ KL yang besar ni masih menggunakan sistem lapok. Nak ambil nombor utk buat kat kaunter dah tutup. Benda ni dah 4 kali aku pergi masih tak berubah, so aku decide kalini aku kena buat aduan dan aku tanya pengawal bertugas kat mana tempat untuk aku buat aduan berkenaan ni.

Jadi aku buat la aduan kat orang bilik aduan ni dan aku suarakan pendapat aku sebab dekat UTC Sentul hanya ada satu sahaja kiosk yang boleh cetak geran tapi rosak, 3 Kali aku cakap kat akak kaunter tu sebab aku dari UTC Sentul sebelum tu tapi tiba tiba si penyapu kat sebelah ni menengking dan hentak meja kuat2 cakap aku tak faham bahasa. Kau period ke malain? (aku tak sempat record sebab aku pun terkejut tak pasal2 kena tengking) Jadi lepas tu, itu lah apa yang terjadi dalam video ni.

Long story short. Aku dah ambil tindakan buat report polis, even polis pun cakap mana boleh bertugas sebagai front liner berpakaian begitu. Uniform wajib pakai. Dan aku juga dah buat report kat HQ-JPJ di Putrajaya. Terima kasih kepada semua staff kat HQ-JPJ yang memberi kerjasama yang sangat baik, tidak lupa juga abang-akak polis di balai polis setapak-wangsa maju.

Aku pun kerja Customer Service. First sekali bila customer jumpa kau benda pertama kau kena buat adalah senyum. Tak kisah la personal life kau tengah tak okay. Kau kena professional dan tunjuk akhlak yg baik. Ini dengan muka ketat sikit senyum pun takde. Bila dah kecoh, aku suruh pukul aku tak berani lak. Acah2 jelah. Kalau kau dapat pukul aku lagi seronok. Aku takkan balas, aku guna gangster berlesen je; Polis.

Baru kau mendapat duduk dalam tu. Lain kali jangan langsi. Bila orang tanya elok2 jawab baik2. Kau tu kerja JPJ. Bukan kedai runcit malain. Bebal! Semoga kau kena hukuman tatatertib la dari pihak atasan

Ni belum cerita dia nak keluar dari dalam tu untuk keluar dan pukul saya. CCTV ada. Berani kerana benar. Report pun dah buat. Biar undang2 tentukan

Baca juga : Staff Starbuck Kantoi Sorok Tumbler Limited Edition, Ramai Yang Setuju Suruh Report

Baca juga : “Lepas Je La Budak Tu..” – Netizen Risau Lihat Budak Lelaki Kena Kejar Dgn JPJ

Lihat klip rakaman di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Perindu Sepi : Yg dok kaunter tu jawatan pembantu tadbir.. bukan penguatkuasa JPJ.. mmg diorang takder uniform

@Tok Semantan : staf hadapan kdg2 mmg ada yg biadab..tp setau aku tak semua jpj tu anggota beruniform..ada staf perkeranian yg blh bertukar ke mana2 jbtan kjaan.

@LyNNy : best kalau dgr apa perbualan sblm tu,sbb nk dgr juga nada dan intonasi pengadu mcm mn sblmtu,yg buat abang UFC tiba2 meroyan

@AYAM GORENG RM1.20 AUNTIE ANN : khamis cuti merdeka , Jumaat kena keje.. sabtu ahad keje blik.. stress la tu tk dpt bercuti dgn tenang

@alif : terima kasih bang…abang mewakili kami semua bang….kalau ikut kan skrng dh zaman moden..ade lagi kaunter masih tutup n kiosk masih x berfungi?…

@Amir Yusof : yg duk kaunter Jpj ada yg staff Jpj, ada jg yg pembantu tadbir

@hafizrosli : Eh, ni macam budak melayu yang penah live dengan papagomo dulu, “kalau nenek aku melayu, apasal?”, sebab suara dengan rambut sama

@Slash2139 : dia pakai baju UFC, Tu yg garang

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram