Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo mengadakan ‘majlis kahwin’ dalam rancangan hiburan ‘Outrun By Running Man’ di platform Disney+.  Bertenang semua, mereka bukan kahwin betul-betul. Belum lagi.

Salah satu adegan dalam episod rancangan spin-off Running Man ini adalah Haha jadi pengarah video muzik, dikehendaki menjalankan penggambaran pembikinan video muzik dengan member-member Running Man termasuk Jong Kook dan Ji Hyo.

Konsep video muzik itu adalah perkahwinan, Jong Kook dan Ji Hyo berlakon jadi pengantin namun kedua-duanya menunjukkan keserasian seperti pasangan sebenar.

kge

Bak lagu ‘Beautiful In White’ nyanyian Shane Filan, Ji Hyo tampil anggun berbusana serba putih lengkap dengan veil pengantin.

Jong Kook juga tidak kalah tampan dan maskulin dalam tuksedo putih, kelihatan bagai pinang dibelah dua dengan parang tajam apabila berdiri di sisi Ji Hyo.

hgfdd

Melihatkan aksi mereka berdua, Suk Jin dan Haha berkata, “Saya harap dua orang ini betul-betul bercinta lah, bukankah akan jadi ‘Wedding of the century’ kalau mereka betul-betul kahwin?”

Sumber: Insight.kor

Previous articleStreamer Korea Ini Tamatkan Riwayatnya Sendiri
Next article2NE1 Dara Dan EXID Hyerin Dedah Cara Idola K-Pop ‘Dating’ Secara Rahsia Di Acara- Acara Besar