Home News 2NE1 Dara Dan EXID Hyerin Dedah Cara Idola K-Pop ‘Dating’ Secara Rahsia...

2NE1 Dara Dan EXID Hyerin Dedah Cara Idola K-Pop ‘Dating’ Secara Rahsia Di Acara- Acara Besar

0

Selalunya, tempat temu janji bagi idola yang menjalinkan hubungan secara rahsia adalah apabila terdapat perjumpaan besar- besaran seperti di Kejohanan Olahraga Bintang Idola (atau dikenali sebagai Idol Star Athletics Championship @ISAC)

unnamed 1 2

Di dalam episod Video Star, Hyerin EXID mendedahkan bahawa terdapat gelagat pasangan tertentu yang anda boleh lihat sepanjang program ISAC berlangsung.

Menurut Hyerin, “Paling banyak, saya akan melihatnya semasa pembukaan dan penutupan [ISAC]. Mereka akan memberikan satu pandangan yang ‘specific’ antara satu sama lain.”

“Dan jika mereka cukup berani, semasa mereka berselisih, inilah perkara yang mereka akan lakukan”

Hyerin menjelaskan bahawa terdapat begitu banyak pasangan yang boleh dilihat di ISAC.

Walaupun Dara tidak pernah menghadiri ISAC, dia menambah beberapa tanda-tanda yang sama yang boleh dilihat pada perhimpunan besar lain, seperti upacara anugerah.

Oh, ia sama. Saya belum pernah ke ISAC tetapi apabila semua orang berkumpul seperti di majlis anugerah, saya sering merenung gelagat mereka”

Dara menjelaskan bahawa oleh kerana idola yang bercinta tidak boleh pergi dating pada hari cuti, mereka akan memberikan pandangan yang penuh kasih sayang antara satu sama lain semasa acara itu.

“Bagaimana anda tidak boleh menjeling? Hari Krismas dan anda tidak boleh pergi ‘dating’, jadi apabila anda menghadiri acara yang sama, anda akan menyambut satu sama lain seperti ini”.- Dara

Selepas pengakuan mengejutkan Dara, host bertanyakan kepada Dara sama ada Dara bercakap berdasarkan pengalaman yang lalu.

Muka Dara menjadi merah padam kerana dia sedaya upaya untuk mengelak soalan itu! Menurut Dara, “Ia adalah legenda lama”.

Dengan taktik temu janji rahsia mereka yang telah dibocorkan kepada umum, idola perlu menjadi lebih strategik dengan isyarat cinta istimewa mereka semasa perhimpunan besar-besaran!

Sumber: Koreaboo!