Salah satu perbuatan terpuji Yoo Jae Suk dalam ‘Running Man’ menangkap perhatian penonton.

Dalam episod terbaru ‘Running Man’ yang disiarkan pada 9 Januari, para member ‘Running Man’ sedang berbual sementara tunggu kedatangan Se Chan dan So Min.

rrrrrrrrrrrrrr Copy
Kredit foto: SBS

Apabila Se Chan muncul, Jae Suk terus kata, “Hey, bagus betul baju yang kamu beli ni, sesuai betul dengan kamu.”

Kemudian Jong Kook pula sambung puji, “Kamu pakai smart-smart hari ni.”

eeqqqqq
Kredit foto: SBS

“Sebenarnya baju ni abang Jae Suk yang belikan hari tu.”

jggfddd Copy
Kredit foto: SBS

Sebelum ini DaebaKing pernah terbitkan artikel tentang misi member-member ‘Running Man’ ke butik mahal untuk belikan hadiah kepada isteri Suk Jin.

Jae-suk Baik Hati Belanja Member-member Running Man

Ternyata Jae Suk betul-betul belikan baju kepada semua member sebagai hadiah selepas penggambaran.

Netizen Korea menunjukkan reaksi terkejut bercampur kagum dengan kemurahan hati Jae Suk itu:

“Mesti mahal tu…”

“Baguslah Jae Suk ni.”

“Kelas gitu Jae Suk.”

Sumber: Wikitree

Previous articlePelakon Ini Mendakwa Dirinya Lebih Cantik Daripada Jun Ji- Hyun Dan Kim Tae Hee, Ini Respon Netizen
Next article5 Cara Fesyen Mengikut Jisoo Blackpink