Home Fashion 5 Cara Fesyen Mengikut Jisoo Blackpink

5 Cara Fesyen Mengikut Jisoo Blackpink

0

Jisoo mempunyai selera fesyen yang tinggi, jadi sangat difahami jika anda mahu berpakaian seperti dia.

Berikut ialah 5 petua untuk membantu anda menambahkan sedikit gaya Jisoo pada almari pakaian anda!

1 2

1. Pakai pakaian bersaiz besar dan selesa

Untuk mendapatkan gaya kasual Jisoo, pilih pullover bersaiz besar, baju sejuk bersaiz besar dan jaket bersaiz besar.

2 1

Jisoo adalah seorang yang mahir dalam mencampurkan pakaian bersaiz besar dengan pakaian yang sesuai.

3 2

Jadi pakailah baju (top) yang bersaiz besar bersama dengan seluar fit dan skirt untuk mendapat hasil fesyen seperti Jisoo.

2. Pakaian yang bercorak kotak

Jisoo pastinya tidak mengelak daripada memakai pakaian yang mempuanyai corak kotak yang bagus!

4 1

Dia sering memakai skirt kotak-kotak, jaket kotak-kotak, dan juga pakaian kotak-kotak sepenuhnya. Tambahkan lagi design kotak-kotak pada almari anda jika anda mahu berpakaian seperti Jisoo!

5

3. Pastikan ia kemas

Jisoo menggemari gaya klasik dan preppy. Dia suka memakai butang-up yang comel, kardigan, dan set padanan.

7 1

Untuk mendapatkan gaya preppy seperti Jisoo, masukkan lebih banyak item ini ke dalam almari pakaian anda.

8

4. Pilih penampilan ultra feminin

Kebanyakan penampilan Jisoo sangat feminin! Dia menggemari gaun yang labuh dan flowy, dan penampilan berinspirasikan vintaj.

9

Tambahkan gaun labuh dan potongan vintaj pada almari pakaian anda untuk berpakaian sama seperti Jisoo.

10

5. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru

Jisoo sering memakai pakaian yang klasik, tetapi dia tidak takut untuk mencuba pakaian yang agak menggoda!

11

Dia kadangkala memilih pakaian dengan potongan dan siluet moden, warna yang lebih berani dan penampilan yang diilhamkan jalanan. Jika anda ingin berpakaian seperti Jisoo, jangan takut untuk mencuba!13

 

Sumber: Koreaboo