Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Menjelang Penghujung Drama “A Hundred Memories”, Apakah Kesudahan Kisahnya?

Menjelang Penghujung Drama “A Hundred Memories”, Apakah Kesudahan Kisahnya?

0

Menjelang tamatnya tayangan “A Hundred Memories”, penonton semakin ingin tahu bagaimana kesudahan kisah setiap wataknya.

Konflik cinta, penyesalan, serta masa silam yang belum terungkai sepenuhnya menjadikan drama “A Hundred Memories” semakin sarat dengan emosi di bahagian akhir. Setiap episod baharu pula hadir dengan kejutan yang membuatkan penonton sukar meneka arah ceritanya.

Kini, ramai yang menantikan bagaimana kesudahan hubungan antara Han Jae Pil, Go Young Rye dan Jung Hyun. Selain itu, kisah Seo Jeong Hee dan Go Young Sik juga masih menimbulkan banyak persoalan. Dengan segala emosi dan rahsia yang telah dibina, A Hundred Memories dilihat bersedia menutup tirainya dengan pengakhiran yang sukar dilupakan.

A hundred memories1. Han Jae Pil telah meluahkan perasaannya kepada Go Young Rye. Namun, bagaimana pula nasib Seo Jeong Hee selepas ini?
ad322442 c2f6 438b 9080 dc71eaefaadd
2. Seo Jeong Hee hidup dalam tekanan akibat didikan ibu bapa angkatnya. Adakah dia akhirnya akan dapat mengejar cita-citanya sendiri?
IMG 1011
3. Hubungan antara Jeong Hee dan Young Sik turut menjadi perhatian apabila Young Sik kelihatan menyimpan perasaan terhadap Jeong Hee. Adakah hubungan mereka akan berkembang menjadi cinta?
IMG 1008 1
4. Dalam episod ke-10, kakak Jeong Hee dilihat keluar dari penjara. Adakah Seo Jong Nam akan menuntut dendam terhadap Jeong Hee? Begitu juga dengan bekas pengurus yang pernah ditikamnya dahulu.
IMG 1004
5. Persahabatan antara Young Rye dan Jeong Hee pernah tergugat akibat terperangkap dalam cinta tiga segi. Mampukah hubungan mereka kembali pulih?
IMG 1014
6. Watak Jung Hyun turut digambarkan mempunyai perasaan terhadap Young Rye. Melihat Young Rye bersama Jae Pil, adakah dia mampu melepaskan perasaan itu?
1bec7778 17a6 4722 8c06 c626024f338c 1
7. Akhir sekali, adakah Go Young Rye benar-benar akan bersama Han Jae Pil, atau hatinya masih berpeluang berlabuh pada insan lain?

Menjelang penamat “A Hundred Memories”, setiap watak berada di persimpangan besar dalam kehidupan mereka. Cinta, pengorbanan dan penyesalan menjadi benang yang mengikat perjalanan mereka menuju pengakhiran yang penuh emosi.

Apa jua kesudahannya nanti, drama ini berjaya meninggalkan kesan mendalam melalui kisah watak-watak yang terluka, berharap, dan terus hidup bersama kenangan yang sukar dilupakan. Jadi, jangan ketinggalan episod akhir “A Hundred Memories” pada hari Ahad (19 Oktober 2025), strim hanya di Viu ya!

Baca lagi: A Hundred Memories: Kisah Cinta Enam Segi Yang Penuh Kerumitan
Baca juga: “A Hundred Memories”, Kisah Persahabatan dan Cinta Tiga Segi Yang Sarat Emosi dan Misteri