Home Entertainment Mendiang Moonbin ASTRO Seorang Yang Prihatin

Mendiang Moonbin ASTRO Seorang Yang Prihatin

0

10 bukti kebaikan mendiang Moonbin ASTRO terhadap artis lain. Kebaikan hati Moonbin akan selalu dikenang oleh ramai orang.

Moonbin ASTRO dilaporkan meninggal dunia pada Rabu 19 April 2023 oleh pihak polis. Pengurusnya menghubungi pihak polis selepas mendapati Moonbin tidak sedarkan diri di kediamannya di Gangnam, Seoul. Pihak agensi juga sudah mengesahkan khabar duka ini, mereka menyampaikan rasa duka cita melalui sebuah kenyataan rasmi.

cf093063 be55 4653 82f1 57d5bf6bf762Moonbin dikenali sebagai seorang idol KPop dengan keperibadian yang cukup mesra dan selalu prihatin tentang orang lain di sekelilingnya. Dia juga sering membantu dan menunjukkan sokongannya kepada keluarga hingga rakan sesama artis.

Tidak hairanlah, jika pemergiannya menimbulkan rasa duka yang mendalam bagi banyak pihak. Walaupun sudah meninggal dunia, kebaikan dan kemesraan Moonbin akan selalu dikenang oleh para sahabat, keluarga, dan juga peminat-peminatnya.

Baca Lagi: Bintang K-POP Moonbin Ditemui Mati Di Apartmennya Kerana Disyaki Membunuh Diri

Berikut merupakan beberapa kebaikan yang telah mendiang lakukan untuk menunjukkan keprihatinan dan kasih sayangnya kepada orang lain. Jom sama-sama kita lihat:

 

0ff4b27a 105f 400b b3d0 9f4d8a58d73a 11. Moonbin membantu Sanha dalam proses mencipta lagu. Dia selalu memberikan pendapat bernasnya setiap kali rakannya itu meminta pendapat dan saranan

IMG 3005
Untitled design – 1

2. Moonbin menyedari bahawa Fantagio Entertainment kini sudah mempunyai ramai trainee. Dia juga ingin terus berusaha keras demi untuk membantu mereka

1a8c486f 07d6 48ec 9f76 7b2f5c2926063. Dia juga turut membantu JinJin untuk lebih banyak berbicara dan berkomunikasi supaya mereka lebih semakin saling memahami. Lagi-lagi mereka adalah teman sebilik

25d2b0d6 d19e 435e b55a 76a542d0eb824. Moonbin menjadi pendengar yang baik dan setia buat Sua Billlie. Dia sering memberi nasihat setiap kali adik kandungnya itu berkongsi curahan hati tentang kesulitannya melalui panggilan telefon

716b9c18 505d 4c45 850b 5ae86af1c3225. Moonbin suka membelikan makanan untuk Sua. Dia juga meminta adiknya itu agar tidak segan silu untuk menggunakan kad kreditnya

50049214 f9bc 4a50 8af5 abe07a782d9b6. Moonbin memberi semangat kepada Eunwoo sewaktu penggambaran True Beauty (2021). Dia menontonnya dan seterusnya memuji-muji lakonan rakan sekumpulannya itu yang dianggap sangat berkesan

4a25e3fc bb1f 4863 a059 5ad17f91718c7. Menurut Chani SF9, Moonbin memberinya dorongan dan semangat sewaktu penggambaran White Day (2019). Sahabat sejak kecilnya itu juga mengirimkan coffee truck ke lokasi penggambaran untuknya

cd28caf3 47a5 4de6 8db7 a8c666fecac98. Perkara serupa dilakukannya untuk menyokong Eunwoo sewaktu dalam proses penggambaran drama siri True Beauty (2021). Persahabatan mereka memang sangat erat dan rapat

ab7f526b cd40 4924 8b1d 8e84c1e302cb

9. Moonbin selalu memberikan dorongan dan semangat kepada ahli kumpulannya. Dia selalu mengajak mereka bersenam, dan turut tumpang bangga sewaktu Sanha rasa bermotivasi dengan ucapannya

9dda01ae e5d0 4bc3 a400 b2a65eaacacc10. Menurut Sanha, Moonbin selalu membantunya. Sahabatnya itu suka memberikan nasihat berguna untuk kegiatan sub-unit mereka

IMG 3006Moonbin tidak pernah berkira untuk membantu orang kain dan sering menunjukkan keprihatinannya terhadap mereka yang berada di sekelilingnya. Kelakuan baiknya akan diingati oleh semua orang yang mengenalinya. Walaupun hanya sebuah kebaikan yang kecil dan sederhana, tetapi penuh makna bagi orang-orang yang telah dibantu olehnya. Selamat tinggal buat Moonbin, kebaikan hatimu tidak akan pernah dilupakan.

Baca Juga: 10 Aktiviti Terakhir Moonbin Sebelum Meninggal Dunia