Home Entertainment 10 Aktiviti Terakhir Moonbin Sebelum Meninggal Dunia

10 Aktiviti Terakhir Moonbin Sebelum Meninggal Dunia

0

Khabar duka kini sedang menyelimuti dunia hiburan Korea Selatan. Pada waktu malam Rabu 19 April 2023, Moonbin ASTRO dilaporkan meninggal dunia di kediamannya yang berada di Gangnam, Seoul. Polis setempat menyatakan bahawa bintang idol itu disyaki mengakhiri hidupnya sendiri, walaupun kini penyiasatan lebih lanjut masih dijalankan.

Para peminat yang mendengar khabar buruk ini sememangnya sangat terkejut, apatah lagi, Moonbin sedang berada di tengah-tengah kesibukan jadual yang sangat padat. Dia sedang mempersiapkan Fan Con di pelbagai negara bersama rakannya.

Baca Lagi: Bintang K-POP Moonbin Ditemui Mati Di Apartmennya Kerana Disyaki Membunuh Diri

Berikut ini merupakan beberapa aktiviti terakhir Moonbin sebelum meninggal dunia:

afbf032f 1826 4ee9 aeac 727b4d7ce249

1. Moonbin baru sahaja membuat comeback bersama rakan sub-unitnya, Sanha, pada 4 Januari 2023. Kedua-duanya melancarkan album INCENSE dengan title track berjudul Madness

4527e55d 8470 40fc b413 13bafaa4f5332. Comeback keduanya boleh dikatakan berjaya. Album INCENSE dan lagu-lagu di dalamnya berjaya mendapat prestasi yang sangat baik di tangga lagu Korea Selatan

8bbf797c f595 4ec6 a950 d1c19c43363d3. Sub-unit rasmi ASTRO ini menyelenggarakan Fan Con Tour yang bertajuk Diffusion ke pelbagai negara di Asia

b00d56f1 7712 49ff ab4f 11e4b77351c64. Moonbin dan Sanha telah menyelesaikan tiga jadual Fan Con Tour. Pertama, di Seoul pada 18 hingga 19 Mac, di Manila pada 25 Mac, dan di Bangkok pada 8 April 2023

8b3247da 8ece 4f7e 93ca f4e336f9602a5. Popularitinya yang meledak turut membuatkan Moonbin dan Sanha dipilih untuk menjadi model terbaru Clinique. Foto terakhir di Instagram Moonbin adalah kolaborasinya dengan jenama besar tersebut

69a41dfe f9ac 4eb2 b173 abb8e4afa2bd6. Dikenali sebagai seorang jejaka yang aktif dan ceria, Moonbin sempat menyertai pelbagai dance challenge idol KPop lain. Salah satunya adalah Rover milik Kai

0ff4b27a 105f 400b b3d0 9f4d8a58d73a

7. Moonbin dan Sanha juga telah disahkan tersenarai dalam line-up beberapa festival muzik gergasi. Pertama adalah Camp Fest 2023 pada bulan Ogos akan datang

59958ea3 f551 4d52 a3f4 55c7d5f5af78

8. Moonbin dan Sanha mengisi slot MBC Idol Radio Live di Jepun pada 2 April lalu. Moonbin turut bersama-sama dengan dua sahabatnya iaitu Chanwoo iKON dan SinB VIVIZ

865077df ef20 4b9d b7b1 e14e9da67b109. Tepat sebelum pemergiannya, Moonbin dan Sanha turut disahkan akan tampil pada 29th Dream Concert di Busan pada Mei yang akan datang

8f7d5f00 f76c 4851 84ae 34c0cb57116f10. Dua hari sebelum meninggal dunia, Moonbin bergabung dengan Weverse. Tidak disangka, ini adalah pesanan pertama dan terakhirnya di platform tersebut

Jadual Fan Con Tour Moonbin dan Sanha yang masih tersisa juga terpaksa dibatalkan.
Ramai peminat yang masih tidak percaya bahawa Moonbin telah meninggal dunia kerana mengingati dia begitu aktif sejak melakukan comeback pada bulan Januari lalu.

Fantagio sebagai agensi telah mengesahkan khabar duka ini dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi liar mengenai Moonbin. Pengkebumian Moonbin juga akan dilakukan secara tertutup atas permintaan keluarga.