Home Entertainment Menarik! Lagi Kisah Percintaan Antara Orang Malaysia Dan Oppa Korea

Menarik! Lagi Kisah Percintaan Antara Orang Malaysia Dan Oppa Korea

0

Tiga pengasas Blimey dari Korea Selatan ini telah menunjukkan minat mereka kepada Malaysia selepas video makan Maggi Hot Cups mereka menjadi viral pada tahun 2017.

Menurut salah seorang ahli yang juga co-founder Blimey, Jade, mereka semua dengan serta merta tertarik dengan Malaysia kerana semangat dan sokongan yang diberikan oleh penonton Malaysia.

Screenshot 2022 09 26 152620

Kejayaan video itu membawa mereka untuk lebih meneroka budaya Malaysia, tetapi Jade sedar bahawa itu sahaja tidak cukup untuk buat mereka lebih menyerlah.

Kemudian mereka mendapat idea yang akan terbukti berjaya – siri realiti temu janji diantara lelaki Korea dan wanita Malaysia.

Asas kepada rancangan itu ialah budaya temu janji di Korea, yang boleh menjadi agak rumit kerana pelakon wanita yang dipilih Blimey merupakan wanita Malaysia yang beragama Islam.

3&More', the reality series bridging cultures through blind dates | Free Malaysia Today (FMT)

Screenshot 2022 09 26 154427

Mereka menjelaskan bahawa mereka telah belajar bersungguh-sungguh untuk mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan untuk orang Islam.

Misi mereka ialah mereka mahu kedua-dua penonton dan ahli pelakon saling hormat menghormati antara satu sama lain terutamanya dari segi aspek budaya dan juga agama.

Dalam pemilihan pelakon, Jade berkata bahawa terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya, lelaki Korea tidak wajib untuk tahu tentang Islam atau Malaysia, tetapi mereka harus menerima budaya dan kepercayaan wanita Malaysia yang dipilih Blimey itu.

Artikel berkaitan: Rancangan Terbaru di Viu September Ini, The Law Cafe & Banyak Lagi!

Artikel berkaitan: Hari Anda Murung? Jom Layan 5 Episod Running Man Ini, Dalam Tempoh 24 Jam Selepas Tayangan Perdana Di Korea, Anda Sudah Boleh Tonton Di Viu!

Stream and watch full TV Series 3 and More S4 online with subtitles | Viu Malaysia

Selepas kejayaan siri pertama sehingga ketiga, Blimey akhirnya kembali dengan siri terbaru iaitu siri ke-4. Siri ke 4 ini telah mula ditayangkan pada 11 September dan akan berakhir pada 30 Oktober.

Untuk siri kali ini, 2 wanita cantik yang dipilih Blimey ialah Dee dan juga Alisha . Manakala ‘Oppa’, Lee Dong Min dan Lion.

Beza siri kali ini, terdapat satu watak misteri yang akan ditampilkan Blimey. Nak tahu watak apa yang lain dari siri sebelum ini? Korang wajib tengok ‘3 & More S4’ ini.

 

Korang boleh tengok kesemua episod ‘3 & More S4’ ini di Viu!