Home VIU Rancangan Terbaru di Viu September Ini, The Law Cafe & Banyak Lagi!

Rancangan Terbaru di Viu September Ini, The Law Cafe & Banyak Lagi!

0

Ha! Dah masuk bulan September ni mesti korang ternanti-nantikan sesuatu yang baru untuk ditonton kan? Jangan risau, di Viu ada pelbagai rancangan hiburan, drama dan filem terbaru yang disajikan khas untuk anda semua. Jom baca sinopsis drama-drama dan rancangan hiburan tersebut. Mana tahu korang boleh terus ‘add to watchlist’!!!

The Law Cafe 

The Law Cafe tp01

Drama terbaru ini yang ditayangkan secara eksklusif di Viu membariskan barisan pelakon yang hebat-hebat belaka. Hero drama ini ialah Lee Seung Gi dengan gandingan Lee Se Young. Drama ini yang pertama pada tahun 2022 ini buat Lee Se Young setelah drama Red Sleeve yang ditayangkan pada tahun 2021.

Drama ini mengisahkan tentang Kim Jung-Ho (Lee Seung Gi) ialah seorang lelaki yang pintar.

Dahulu, dia bekerja sebagai pendakwa raya tetapi disebabkan skandal rasuah yang dilakukan oleh bapanya, dia pun berhenti kerja. Selepas menganggur, dia pun hidup dengan duit sewa daripada bangunan yang dimiliki olehnya dan dia pula tinggal di atas bumbung bangunan tersebut.

Kim Jung-Ho berkawan baik dengan Kim Yoo-ri (Lee Se-Young) dan mereka sudah berkawan sejak di bangku sekolah iaitu kira-kira 17 tahun yang lalu. Kim Jung-Ho turut menaruh hati dengan Kim Yoo-ri.

Kim Yoo-ri seorang wanita yang pintar dan cantik. Dia turut meminati bidang keadilan. Disebabkan pengalaman buruk dengan lelaki, dia akhirnya mengambil keputusan untuk hidup bujang sepanjang hayat.

Dia telah berhenti kerja di sebuah syarikat guaman dan akhirnya membuka cafe di bangunan milik Kim Jung Ho, kafe tersebut bernama ‘The Law Cafe’

Kafe ini menyajikan kopi dan juga nasihat undang-undang. Sesiapa sahaja boleh singgah di kafe ini untuk menikmati kopi dan mendapatkan kaunseling undang-undang.

Mental Coach Jegal 

Mental Coach Jegal

Drama terbaru ini menampilkan pelakon yang pernah hits akibat lakonan dalam drama popular seluruh dunia, Squid Games, iaitu Lee Yoo Mi. Drama ini turut dilakonkan oleh Park Seyoung dan Kwon Yul.

Drama ini menceritakan tentang Jegal Gil (Jung Woo) yang merupakan ahli pasukan taekwando kebangsaan dan telah terlibat dengan satu masalah yang tidak pernah berlaku sehingga dia tidak boleh lagi menyertai pasukan taekwando tersebut.

Kini, Jegal Gil telah memasuki perkampungan atlet untuk pasukan kebangsaan sebagai jurulatih mental. Dia bekerja dengan para atlet termasuk Cha Ga-Eul (Lee Yoo-Mi).

Cha Ga-Eul ialah peluncur laju dalam trek pendek dan telah memenangi pingat emas di kejohanan dunia tetapi prestasi nya telah merundum jatuh dan dia terlalu memendam emosi yang dirasai olehnya sehinggakan orang lain tidak mengetahui masalah yang dihadapi olehnya.

Sementara itu, Jegal Gil memusuhi Ku Tae-Man (Kwon Yool) yang merupakan pengara pusat hak asasi manusia persatuan olahraga tersebut.

Ku Tae-man juga salah seorang daripada ahli pasukan taekwando kebangsaan dan dia juga telah mengubah hidup Jegal Gil.

Ku Tae-man seorang yang berdaya saing dan mengutamakan pasukan berbanding perkara lain. Park Seung-ha (Park Se-young) seorang kaunselor di perkampungan atlet dan bekerja dengan Jegal Gil.

Blind 

blind 2pm ok taecyeon cast image

Drama lakonan Taecyeon 2PM ini sudah semestinya dinanti-nantikan oleh peminat beliau. Drama ini turut dilakonkan oleh ahli kumpulan Apink, Eunji.

Untuk pengetahun semua, Taecyeon mula meraih populariti selepas drama Vincenzo manakala Eunji pula dalam drama Work Later, Drink Now.

Drama ini mengisahkan tentang 3 orang iaitu Ryu Sung-Joon (Taecyeon), Ryu Sung-Hoon (Ha Seok-jin) dan Jo Eun-ki (Eunji) yang terlibat dalam sebuah pembunuhan bersiri yang melibatkan ahli juri sebagai mangsa.

Mereka bertiga cuba membongkar misteri dan kebenaran disebalik kematian tersebut. Ryu Sung-joon yang merupakan seorang detektik bersemangat dan sentiasa berazam untuk menangkap kejahatan. Di sebabkan dedikasi nya dalam bekerja, dia sentiasa berhasil dalam menyelesaikan kes-kes di bawah kelolaannya.

Abangnya, Ryu-Sung hoon, bekerja sebagai hakim dan seorang yang bijak. Dia lulus dalam peperiksaan bar dengan markah tertinggi dan menamatkan pengajian di peringkat kelas pertama di Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman. Dia seorang yang jujur dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk penilaian adil.

Manakala, Jo Eun-ki (Eunji) seorang pekerja sosial dan mempunyai hati yang sentiasa inginkan keadilan. Dia sentiasa mengutamakan orang lain dan cuba menjaga kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang susah.

Mampukah mereka bertiga menyelesaikan kes pembunuhan misteri tersebut dengan latar belakang mereka yang hebat-hebat ini?

Young Actor’s Retreat 

dummy.jpeg 2

Young Actor’s Retreat merupakan sebuah rancangan variasi daripada Korea yang menampilkan barisan pelakon-pelakon ternama di dalam rancangan ini. Para pelakon yang terlibat ialah Park Bo Gum, Park Seo Joon, Ji Chang Wook, Hwang In Yeop, Ahn Bo Hyun dan Jung Jin Young. Tetamu jemputan pula, Kim Yoo Jung, Kwon Na Ra, Chae Soo Bin dan ramai lagi.

Sinopsis rancangan variasi ini menampilkan reunion daripada 3 drama hit korea, Itaewon Class, Love in the Moonlight dan The Sound of Magic yang menyatukan mereka semua untuk melakukan aktiviti dalam rancangan variasi ini. Mereka akan melakukan permainan, berkumpul dan meluangkan masa antara satu sama lain bagi menjalin ikatan sesama pelakon. Kedengaran agak menarikkan rancangan ini?!

Now, Follow Me! 

nonton drakorindo now follow me sub indo viu

Now, Follow Me merupakan rancangan variasi Korea yang menampilkan anak dan ayah melakukan aktiviti bersama-sama. Bagi peminat The Return of Superman, korang boleh saksikan Cho Sung Hoon dan anaknya, Choo Sarang yang turut membintangi rancangan ini.

Kshow ini menampilkan duo ayah dan anak selebriti seperti Yoon Min Soo, Lee Jong Hyeok, Choo Sung Hoon dan Lee Dong Gook akan menunjukkan sisi baru kehidupan dengan anak-anak mereka. Mereka akan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dalam kshow ini! Mesti comel kan anak dan ayah buat aktivit sekali!

3 and More S4 

1166053096 2

Dalam rancangan realiti ini, pelancong daripada Malaysia akan bertemu dengan penduduk Korea Selatan dan berkenalan bersama. Adakah mereka bakal menemui cinta sejati selepas bersatu dalam rancangan realiti ini?

Saksikan kesemua drama-drama dan rancangan variasi Korea ini hanya di aplikasi Viu dan langgan pek premium untuk menikmati rancangan tontonan anda tanpa gangguan!