Home Anime Mashle: Magic and Muscles Musim 2, Episod 1 Fokus Kepada Mash dan...

Mashle: Magic and Muscles Musim 2, Episod 1 Fokus Kepada Mash dan Rakan-rakannya

0

Salah satu anime paling menarik dari April 2023 membuat kemunculan semula pada Musim Sejuk 2024, Mashle: Magic and Muscles Musim 2.

IMG 9445

Mashle: Magic and Muscles Musim 2 mempunyai 12 episod, episod pertama Mashle Musim 2 telah pun ditayangkan pada 6 Januari 2024. Peminat boleh menstrim episod pertama di platform seperti Crunchyroll.

Musim baharu akan menyaksikan Mash berada dalam situasi yang sukar kerana dia perlu bersaing dengan beberapa musuh yang hebat. Seiring dengan itu, dia juga perlu menyembunyikan identitinya daripada semua orang di sekolah.

Mashle

Bagi yang kali pertama menonton anime ini, genre anime ialah shounen, komedi aksi bertemakan akademi sihir. Selain itu, musim ini akan membawa penonton kembali ke Easton Magic Academy untuk arka Peperiksaan Pemilihan “Divine Visionary, yang bermaksud ia adalah kelangsungan hidup mereka yang paling cergas.

Tidak semua pelajar akan berjaya masuk ke dalam kumpulan elit Visionaries, Mash perlu lulus Peperiksaan Pemilihan “Divine Visionary”. Jika tidak, dia akan dihukum kerana tidak boleh menggunakan sihir.

Tetapi sejauh manakah kekuatan Mash yang kasar dan kekurangan kehebatan magis itu membawanya? Dia akan mencari azimat, menghadapi makhluk yang kebal terhadap sihir, dan terlibat dalam pertempuran rakan sekelas.

IMG 9449 IMG 9448

Selain itu, anime Mashle juga mempunyai dua watak baharu, Margarette Macaron dan Carpaccio Luo-Yang. Kedua-dua watak adalah dari Orca Dorm dan ditetapkan untuk menjadi antagonis untuk arka baharu ini.

Margarette Macaron ialah pelajar tahun tiga dan pengawas untuk Orca Dorm manakala Luo-Yang ialah pelajar tahun satu yang berbakat.

Margarette Macaron disuarakan oleh Takehito Koyasu. Dia sebelum ini menyuarakan Toji Fushiguro dalam Jujutsu Kaisen dan Zeke dalam Attack on Titan.

Pastikan anda tonton episod seterusnya Mashle: Magic and Muscles Musim 2 setiap hari Sabtu di platform striming yang terpilih ya!

Baca lagi: Anime Adaptasi Popular Manhwa Solo Leveling, Kini Ditayangkan Di Netflix
Baca juga: 6 Anime Paling Dinanti-nantikan Tahun 2024, Ada Solo Leveling