Home Video “Main Media Sosial Takkan Tak Tahu SKMM” -Influencer Podcast Dikecam

“Main Media Sosial Takkan Tak Tahu SKMM” -Influencer Podcast Dikecam

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok youcasttt, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan sebuah podcast oleh seorang influencer yang bertemuramah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Zhaf. Beliau berkongsi cerita di mana pernah dipanggil oleh pihak polis serta di beri amaran selepas membuat satu video klip atau ‘review’ sebuah filem di media sosial.

Namun begitu, netizen juga perasan sesuatu pada influencer tersebut. Dikatakan beliau bertanyakan soalan kepada Zhaf, bahawa SKMM itu apa. Oleh itu, soalan yang ditanyakan itu meraih perhatian penonton serta beberapa kecaman juga ditulis di ruangan komen.

Screenshot 2024 01 08 205758
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tidak sangka influencer tersebut tidak tahu apa itu SKMM walaupun masih aktif melakukan konten. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen, dan salah seorang netizen juga membuat andaian bahawa influencer berkenaan bertanyakan sebegitu bukanlah beliau tidak tahu tentang SKMM namun untuk segelintir penonton yang tertanya-tanya apa itu SKMM.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 487.2K penonton, 30.3K sukaan dan 428 komen.

Baca lagi: Hina Pangkat Polis, Rakaman Pegawai Polis Tular Di Media Sosial

Baca lagi: Singgah Ke Masjid Untuk Solat, Lelaki Berpakaian ‘Rock’ Tular Di Media Sosial

Lihat klip durasi pendek podcast tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Firdaus Safaruddin: Tak pelik zhaf kena tangkap. Yang pelik brader tu tanya SKMM tu apa..n boleh pulak cakap ada ye..main media sosial takkan tak tahu SKMM.

@Axfr Rayyan: gaya macam brother2 bila ckp..skli SKMM pun tk thu.. mantap bdk muda

@JUSTMEeACH: trlalu jujur review film pun susah jg.. tk jujur pun susah jg adeii..

@an.Dr33: hahaha so far antara review yg aku percaya hahaha tpi aku cuba tgk juga walau bad review…then aku setuju hahahaha..

@botakpower: aku terus swipe up tengok video lain bila dia kata dia taktau skmm tu ape

@AziziHarun_: kadang2 dia buat xtahu bkn sbb dia xtaw apetu skmm, just nk sruh orangtu explain untuk audience for more explanation for podcast slalunya begitu

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram