Home Entertainment Mark Wahlberg Menjual Rumah Agamnya

Mark Wahlberg Menjual Rumah Agamnya

0

Pelakon terkenal Hollywood yang sinonim dengan lakonan ikoniknya dalam filem Three Kings (1999) iaitu Mark Wahlberg dilaporkan telah menjual rumah agamnya baru-baru ini.

Rumah agam yang berkeluasan 30,500 kaki persegi itu memiliki 12 buah bilik tidur dan 20 buah bilik air didirikan di atas tanah berkeluasan 6.2 ekar di Beverly Park Utara yang merupakan sebuah kawasan berpagar elit dan eksklusif di Los Angeles.

597D1DBB 1B99 4858 A89F D687F0DC056B 84E445FA 7F7C 4F34 9CEF 363A6535DC3A

Selepas hampir setahun diiklankan untuk jualan, akhirnya rumah agam tersebut berjaya dijual dengan harga $55 juta USD pada hari Jumaat, 17 Februari 2023. Semasa rumah agam tersebut disenaraikan untuk jualan pada bulan April 2022, hartanah dan isinya itu tersenarai sebagai harta ketujuh terbesar dalam pasaran di negeri Los Angeles.

Harga $55 juta USD sebenarnya tidak setara dengan nilaian sebenar harta yang ingin dijual oleh Mark Wahlberg tersebut. Harga asal hartanah tersebut adalah $87.5 USD sebelum harganya diturunkan kepada $79.5 juta USD pada bulan Disember yang lalu.

Mark Wahlberg yang kini berusia 51 tahun telah membeli hartanah tersebut pada harga $8.25 juta USD pada tahun 2009 dan selesai melakukan kerja-kerja pembinaan rumah agam tersebut pada tahun 2014. Rumah agam yang berkonsepkan rumah binaan Perancis tersebut direka khas oleh arkitek kenamaan yang selalu berkhidmat dengan selebriti besar lain iaitu Richard Landry.

758711A7 3653 48A3 A22A 918956F99B71 scaled 78DF3724 438F 4C2F 9C73 76EC1A5270B2

Richard Landry juga pernah memberi perkhidmatan mereka rumah agam mega milik Tom Brady dan Gisele Bundchen yang kini dimiliki oleh Dr. Dre. Pelakon terkenal tersebut membuat keputusan untuk menjual rumah agam mewah itu kerana dia dan keluarganya mahu meninggalkan kawasan mewah tumpuan para selebriti dan berpindah dari California ke Nevada.

Mark Wahlberg pernah menyatakan bahawa dia berpindah ke California beberapa tahun dahulu demi mengembangkan kerjayanya. Dia berkata sepanjang dia menetap di California, dia hanya berjaya berlakon dalam beberapa buah filem sahaja sepanjang berada di California.

Dia membuat keputusan untuk berpindah ke Nevada dengan harapan untuk memberi kehidupan yang lebih tenang dan lebih baik untuk anak-anaknya. “Demi memenuhi impian anak-anak saya, kami pilih untuk berpindah . Anak perempuan saya mahu berjaya dalam dunia equestrian, anak lelaki pula ingin menjadi seorang pemain bola keranjang dan anak yang paling kecil bercita-cita untuk menjadi seorang pemain golf. Saya rasakan Nevada memang sebuah tempat yang sesuai untuk mereka,” dia berkata.

Pelakon yang pernah tercalon dalam Anugerah Oscar ini mempunyai 4 orang anak bersama isterinya Rhea Durham. Anak-anak mereka adalah Ella berusia 19 tahun, Michael berusia 16 tahun, Brendan berusia 14 tahun dan Grace berusia 13 tahun.

Baca Lagi: 21 Senarai Filem India Menarik Di Prime Video

Baca Juga: Deretan Teman Wanita Leonardo Dicaprio