Home Video “Manusia Sekarang Kejam Sungguh, Tak Tahu Dah Berapa Lama ‘Benda’ Tu Dalam...

“Manusia Sekarang Kejam Sungguh, Tak Tahu Dah Berapa Lama ‘Benda’ Tu Dalam Guni” -Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nadzris, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana dua orang lelaki sedang memancing dan temui satu beg guni yang bergerak seperti ada sesuatu hidup di dalam guni tersebut. Salah seorang lelaki itu juga telah mengambil dan letak ‘benda’ itu di dalam botnya. Mereka pergi ke pinggir sungai untuk membuka guni itu, namun apa yang ada di dalam guni itu juga telah membuatkan orang ramai berasa sebak apabila melihat ‘benda’ tersebut.

Rupanya ‘benda’ di dalam guni itu adalah kucing yang telah dibuang oleh seseorang yang juga berada di kawasan tersebut. Mujur dua orang lelaki ini temui kucing itu dengan lebih awal. Oleh itu, video klip ini juga telah raih perhatian ramai serta membuatkan netizen bengang dengan sikap yang kejam dan sanggup melakukan perkara sebegini.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan berasa kasihan dan sebak melihat kucing itu dalam keadaan basah yang telah diikat dengan dawai besi. Ada juga yang memberi pujian kepada kedua lelaki ini kerana menjumpainya lebih awal. Perkongsian video klip di Tiktok ini juga telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 744.5K penonton, 79.9K sukaan 3810 komen.

Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen dibawah:

“Manusia sekarang kejam sungguh. Tak tau dah berapa lama dah dalam guni tu. Masa buka tu allahu kesian dah lembik separuh nyawa ikan dengan ikat pakai dawai. Ingat kita seksa binatang ni nanti tak lepas kt sana”

Lihat klip durasi pendek di mana dua orang lelaki ini temui guni tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@yin aien: terima kasih awk sebab selamatkn hitam… semoga murah rezeki awk & di permudahkan semua urusan dunia akhirat awk…aamiin

@Taj Mahal9675: diorg ingat org tk nmpk tapi dia lupa yg Allah Maha Melihat.

@IPBravoshop: Memudahkan segala urusan rezeki bertambah..insha…

@human: Alhamdulillah dijumpai org baik,abg pun bijak kalau bukak guni atas perahu takut dia panic dan melompat lagi ke air

@Maisarahaziz: Allah kesianyaaa , terima kasih sebab selamatkan nyawa meow tu semoga Allah membalas pada yang kejam sangat tu

@aminudin83: buat baik kt haiwan… nti haiwan ni juga mbela dan mnarik abg ke syurga… InsyaAllah

@Ernie Wagimin: kurang ajar spa yg buang e2 kucing…. limpahkan rezeki org yg selmatkan kucing ini

@Cantiqbyzuea racun tiktok: mesti Dia takut sangat . xpe yg buat tu mesti skg tgh x tenang

@madi: besar ganjaran yg allah akan gantikan pd abg kita berdua tu Aamin…terima kasih sahabat

@Suzanazana530: allahuu trima kasih tlg slmtkan kucing ni..buat sipembuang tu jgn ingt dia slmt..allah tu melihat

@.: Terima kasih abg semoga kebaikkan abng dibalas Kebaikan oleh Allah

PERHATIAN: Pihak Daebakinng tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram