Home Cdrama Light the Dark, Rahsia Ledakan Silam Terbongkar dalam Drama Thriller Penuh Teka-Teki

Light the Dark, Rahsia Ledakan Silam Terbongkar dalam Drama Thriller Penuh Teka-Teki

0

Light the Dark ialah drama China bergenre thriller terbaharu arahan pengarah Liu Xin. Skripnya ditulis oleh Dai Zheng Yang dan dibintangi oleh Jiang Xin serta Chen Zhe Yuan sebagai watak utama.

Drama ini terdiri daripada 12 episod dan akan ditayangkan di platform iQiyi, namun tarikh siaran rasmi masih belum diumumkan. Sebelum menontonnya, mari kita hayati dahulu sinopsis dan senarai pelakon yang terlibat.

Sinopsis Light the Dark

Light the dark

Pada tahun 1997, di sebuah bandar kecil bernama Wugang yang terletak di barat daya China, keluarga Chen Shan menetap di sebuah bangunan kediaman yang disediakan oleh pihak unit perminyakan tempatan.

Bapa kepada Chen Shan, iaitu Chen Fu, merupakan ketua utama dalam sebuah projek pembinaan saluran paip. Ibunya pula, Zhang Wen Ying, ialah seorang pereka utama di institut reka bentuk perminyakan.

Kakak perempuannya, Chen Ying, bekerja di bahagian arkib di stesen bekalan. Keluarga ini hidup dalam keharmonian dan Chen Shan sendiri bertekad untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan menyertai sistem perminyakan negara.

Namun, segalanya berubah apabila berlaku satu insiden tragis, letupan paip gas. Letupan tersebut meragut nyawa Chen Fu, manakala Zhang Wen Ying menjadi mangsa kepada perebutan kuasa dalaman dalam sistem perminyakan.

Tidak mampu menanggung tekanan dan trauma, Chen Shan akhirnya meninggalkan rumah dan bekerja dalam pasukan kecemasan pembaikan demi menyara hidup.

Menjelang tahun 2001, sistem perminyakan barat daya berkembang pesat seiring kemajuan ekonomi negara. Keluarga-keluarga di kawasan itu mula menikmati gaya hidup kelas pertengahan.

Chen Shan pula berjaya menjadi ketua kru pembinaan dan dikenali dengan gelaran “Saudara Shan”. Namun begitu, hidupnya masih dibayangi kisah silam, seolah-olah wujud sebagai bayang-bayang yang tidak pernah tenang.

Suatu hari, satu lagi letupan gas berlaku. Geng Jian, bekas pengarah institut reka bentuk yang pernah tewas dalam pergelutan kuasa dahulu, kembali ke pentas peristiwa.

Chen Shan memutuskan untuk menyelidik semula kejadian masa lalu berdasarkan petunjuk yang muncul. Tanpa disedari, langkah ini akan membuka tabir kepada ramai individu serta kebenaran yang selama ini tersembunyi di sebalik tragedi tersebut.

Senarai Pelakon Drama Light the Dark

IMG 3307

Selain Jiang Xin dan Chen Zhe Yuan, drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat dari China. Berikut ialah senarai lengkap para pelakon:

Jiang Xin sebagai Chen Ying
Chen Zhe Yuan sebagai Chen Shan
Ren Zhong sebagai Qi Mo
Zhang Guo Qiang sebagai Geng Jian
Guo Cheng sebagai Ma Yi Ming
Jiang Hong Bo sebagai Zhang Wen Ying

Light the Dark merupakan projek drama terbaharu buat Jiang Xin dan Chen Zhe Yuan. Jiang Xin ialah seorang pelakon wanita yang mula bergiat dalam bidang lakonan sejak usia sembilan tahun.

Namanya mula mendapat perhatian umum selepas membawa watak Mu Wanqing dalam drama Demi Gods and Semi Devils yang ditayangkan pada tahun 2003. Popularitinya semakin meningkat apabila beliau memegang watak Selir Hua dalam siri terkenal The Legend of Zhen Huan.

Dilahirkan pada 8 Mei 1983, Jiang Xin telah membintangi pelbagai drama dan filem merentas pelbagai genre. Selain Light the Dark, antara drama lain lakonannya ialah In the Name of Justice (2025), Romance in the Alley (2024), As Long as We Are Together (2023), dan Modern Marriage (2022).

Chen Zhe Yuan pula merupakan seorang pelakon lelaki yang semakin menyerlah dan aktif dengan pelbagai projek baharu. Selain Light the Dark, antara drama lakonannya yang akan datang ialah Winner Is King, Chasing Dreams, Fates Hearts, dan The Golden Hairpin.

Jadi, bagi anda yang menggemari drama China khususnya dalam genre thriller yang mendebarkan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Light the Dark lakonan hebat Jiang Xin dan Chen Zhe Yuan!

Baca lagi: Moonlit Reunion, Kisah Cinta Fantasi Antara Dunia Roh dan Manusia
Baca juga: Chen Fei Yu Semakin Popular, Tiga Drama China Penuh Emosi dan Fantasi 2025 Ini