Home K - Pop Wow! V, Suho & Jungkook Antara Lelaki Paling Kacak 2019.

Wow! V, Suho & Jungkook Antara Lelaki Paling Kacak 2019.

0

Siapa kata wajah Asia tak menawan? Buktinya tiga daripada senarai 10 lelaki paling kacak dunia 2019 didominasi oleh jejaka kelahiran Korea Selatan tau.

Antaranya adalah seperti berikut dimana anggota kumpulan BTS, V atau nama sebenarnya Kim Taehyung berada di kedudukan kedua selepas aktor kelahiran Australia, Chris Hemsworth.

Tempat kelima juga diwakili oleh anggota kumpulan EXO, Suho atau nama sebenarnya Kim Jun Myeon selepas pelakon Turki, Catagay Ulosoy dan bintang Titanic, Leonardo DiCaprio.

Manakala salah seorang anggota BTS lain, Jungkook menduduki tempat kesembilan selepas Tom Cruise, Shah Rukh Khan dan Ian Somerhalder.

Tempat kesepuluh pula jatuh kepada bekas anggota One Direction, Zayn Malik.

Senarai yang dikeluarkan oleh Top Beauty World itu antara lainnya menyenaraikan Sehun dan pelakon serta penyanyi Korea Selatan, Kim Myung-soo masing-masing di kedudukan 11 dan 20.

 

Top Beauty World turut mengeluarkan senarai 100 Wanita Tercantik 2019 yang turut mengiktiraf penyanyi dan pelakon Yoona sebagai wanita tercantik 2019.

Dah baca? tolong like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Gempak