Home K - Pop Bertahan 164 Minggu, BTS Kalahkan Justin Bieber Di Billboard Social 50!

Bertahan 164 Minggu, BTS Kalahkan Justin Bieber Di Billboard Social 50!

0

Kumpulan K-Pop terkenal, BTS telah mencatat rekod artis bertahan paling lama memegang kedudukan nombor satu dalam carta Billboard Social 50.

1 2

Memetik laporan Billboard, BTS kekal berada di tangga pertama selama 164 minggu sekaligus mengalahkan rekod paling lama dipegang Justin Bieber sebelum ini yang hanya bertahan selama 163 minggu.

“BTS telah mengalahkan rekod 163 minggu yang dipegang oleh Justin Bieber sebelum ini, Justin Bieber kerap berada di kedudukan pertama sepanjang kerjayanya, namun itu sebelum kehadiran BTS,” kata sumber.

Selain BTS dan Justin Bieber yang masing-masing menduduki tangga pertama dan kedua, carta itu turut diikuti Taylor Swift, Miley Cyrus dan Rihanna yang menduduki tangga ketiga hingga kelima.

Cara pengumpulan data Social 50 diambil menerusi analisis muzik Next Big Sound berserta informasi yang diperoleh dari Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan Wikipedia.

BTS mula memasuki carta tersebut pada Oktober 2016 dan menduduki tangga pertama pada 29 Julai 2017.

Kedudukan itu bertahan setiap minggu hingga proses pengumpulan data berakhir pada 30 Januari tahun ini.

 

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih
Sumber : Billboard