Home News Lelaki Korea minum air kosong buat pertama kali dalam 20 tahun

Lelaki Korea minum air kosong buat pertama kali dalam 20 tahun

0

Akibat daripada tidak sengaja meminum air bawah tanah ketika berusia sembilan tahun, seorang lelaki Korea menjadi trauma dengan air kosong dan telah mengelak dari meminum air kosong selama 20 tahun.

Lelaki itu yang muncul dalam sebuah rancangan televisyen Korea mengatakan bahawa selama 20 tahun dia hanya bergantung pada minuman lain seperti bir dan alkohol.

Oleh kerana itu, lelaki itu bukan sahaja menderita sakit perut, dia juga mempunyai masalah batu karang, usus tersumbat, ulser gastrik, dan obesiti apabila berat badannya meningkat sebanyak 60kg akibat daripada pengambilan alkohol setiap hari.

Kerana gaya hidupnya itu juga, lelaki tersebut mengaku hanya membuang air sekali sehari, berbanding orang sihat yang membuang air sebanyak 4 ke 10 kali sehari.

Ketika muncul dalam rancangan televisyen Korea tersebut, dia disediakan tiga cawan berisi minuman untuk diminum.

Cawan pertama adalah air kosong disertakan dengan lemon, yang diludahkan semula oleh lelaki itu. Cawan kedua adalah teh burdock yang dihirup lelaki itu dan berjaya ditelannya.

Cawan ketiga mengandungi air mineral yang mengejutkannya dan turut diludahkan semula. Pada akhir rancangan tersebut, pengacara rancangan menyarankan agar lelaki berkenaan cuba menggantikan minuman biasanya dengan teh burdock yang lebih berkhasiat dan mengandungi jumlah air yang lebih banyak.