Home News Kwang Soo Over Ketawakan Peserta Lain, “Lawak Part Ni Haha”

Kwang Soo Over Ketawakan Peserta Lain, “Lawak Part Ni Haha”

0

Buat yang mengikuti rancangan Korea, Running Man pastinya cukup ‘masak’ dengan perangai salah seorang peserta program ini iaitu Kwang Soo. Antara peserta yang paling menyerlah dalam rancangan ini, karenah yang cukup ‘gila-gila’ dan bersahaja Kwang Soo membuatkan penonton terhibur.

Terbaharu telatah Kwang Soo yang over ketawakan peserta lain dalam rancangan ini telah menjadi buah mulut warganet di Twitter. Ini adalah disebabkan satu babak dalam rancangan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial itu.

2 1

Dalam perkongsian tersebut dipaparkan episod 539 rancangan tersebut. Kelihatan beberapa peserta bermain pingpong. Tiba-tiba satu pasukan tidak berjaya memukul bola pingpong dan ini menyebabkan Kwang Soo over ketawakan peserta lain tersebut. Siap sampai terduduk di lantai dia mentertawakan keadaan itu. Berikut adalah perkongsian video babak tersebut:

Video yang dimuat naik ini telah meraih lebih 192 ribu tontonan dan 12 ribu retweets serta 13 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dengan episod kali ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen mengenainya seperti berikut:

“Paling tak tahan time Sechan dan Haha nyanyi lagu I’m Yours. Aku ketawa macam hape dah”

1 2

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HCL