Home Lifestyle Lelaki Ini Curi 1 Sen Daripada Setiap Akaun Bank. Peroleh RM4 Juta,...

Lelaki Ini Curi 1 Sen Daripada Setiap Akaun Bank. Peroleh RM4 Juta, Siap Beli 6 Kereta Mewah

0

Mesti anda pernah dengar, kes rompakan yang lain daripada lain pernah berlaku di Malaysia. Ia berlaku pada tahun 1990, seorang pekerja bank di Hock Hua Bank, bernama Aman Shah Ahmad berjaya menciptakan satu sistem untuk mengambil satu sen daripada setiap akaun pelanggan Hock Hua Bank.

Ia bermula ketika dia dihantar oleh pihak bank mengikuti kursus komputer. Dari situah dia mula mengetahui selok belok perbankan komputer. Bahkan, Bank Negara Malaysia juga tertipu dengan setiap perincian yang dirancang oleh Aman Shah.

Dengan gajinya hanya RM1,800 sebulan, nasibnya berubah setelah berjaya dengan perancangan mencuri satu sen. Dia berjaya memiliki wang tunai sebanyak RM4.01 juta, dan membelanjakan wang tersebut dengan membeli enam kereta mewah.

Enam buah kereta mewah yang dibeli ialah Lamborghini Countach bernilai RM1.3 juta, Mercedes Benz 300SL (RM502,000), Mercedes Benz 300E (RM192,000), Porsche 928 S4 (RM638,000), Porsche Carrera (RM350,000) dan BMW 329i (RM68,000).

aman

Untuk melindungi asetnya daripada diketahui umum, Aman meletakkan kereta mewahnya di pusat pameran di Plaza Bukit Bintang kerana bimbang diketahui oleh jiran-jiran jika dia memarkirnya di rumah.

Semua perancangan Aman Shah berjalan dengan baik sehinggalah dia dijemput ke sebuah segmen popular di TV3 iaitu Sekapur Sirih. Dalam temu bual tersebut, dia bercakap tentang kenderaan-kenderaan mewahnya tanpa menyedari bekas pengurusnya di Hock Hua Bank menonton rancangan tersebut.

Bekas pengurus itu curiga dengan aset yang dimiliki oleh Aman. Keesokan harinya dia membuat beberapa audit dalaman dan terkejut RM4.1 juta hilang dari akaun pelanggan bank.

shah

Pengurus tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Campbell (kini dikenali sebagai Balai Polis Dang Wangi) pada 8 Jun 1990. Tiga hari kemudian, polis menahan Aman Shah Ahmad di sebuah kondominium di Bangsar pada 11 Jun 1990.

Baca lagi: Bangla Sanggup Guna Minyak Dagu Sebab Nak Mengurat Isteri Orang, Sekali Ini Tindakan Si Suami

Baca lagi: Warga Emas Menang Duit Sebanyak RM42 Juta, Rupanya Ini Yang Dilakukan Oleh Beliau

Mahkamah Seksyen menyabitkan dia bersalah kerana melakukan pecah amanah di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan sebanyak tujuh kali, antara 26 Januari hingga 27 Mac 1990. Aman Shah telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Menerusi temubual bersama Mingguan Malaysia, Aman mendakwa sesetengah sistem perbankan di negara kita terlalu banyak kelemahan sehingga boleh dipintas oleh penggodam.

Tambahnya lagi, dia mendapati bahawa sistem keselamatan bank yang diguna pakai masih terdapat kelemahan dan menyebut kesilapan utamanya berpunca dari penjimatan kos dengan membangunkan sistem keselamatan yang kurang optima