Terbaharu, Legends of the Condor Heroes: The Gallants tampil sebagai filem epik aksi berlatar era kerajaan yang mencipta kejayaan luar biasa di pawagam China. Filem ini bukan sahaja mencatat 17 rekod pecah panggung, malah dinobatkan sebagai filem seni bela diri dengan kutipan tertinggi semasa Festival Musim Bunga 2025.
Disutradarai oleh pengarah legenda Hark Tsui, Legends of the Condor Heroes: The Gallants mengangkat kisah Guo Jing (lakonan Xiao Zhan), seorang pendekar yang menjunjung tinggi prinsip kehormatan dan keadilan. Bersama isterinya Huang Rong (lakonan Zhuang Dafei), Guo Jing mempertahankan kota strategik Xiangyang daripada serangan hebat tentera Mongol yang dipimpin oleh Genghis Khan dan anaknya. Di tengah tekanan yang menggila, Guo Jing berdepan dilema besar: mengekalkan prinsip hidupnya atau mengorbankan segalanya demi rakyat.
Konflik dalaman, pengkhianatan dalam tembok kota, dan hubungan emosi antara cinta, kesetiaan serta pengorbanan menjadi inti utama cerita ini. Legends of the Condor Heroes: The Gallants membawa perspektif baharu tentang pahlawan, bukan sekadar tangkas berlawan, tetapi juga memiliki keberanian moral yang luar biasa.
Fakta Menarik di Sebalik Pembikinan Filem
1. Latihan Fizikal Xiao Zhan Melebihi 10 Jam Sehari

Untuk menghidupkan watak Guo Jing secara menyeluruh, Xiao Zhan menjalani latihan fizikal intensif lebih 10 jam setiap hari. Beliau turut menaikkan berat badan sebanyak 10 kilogram, mengikuti latihan menunggang kuda selama dua bulan, dan mempelajari dialog dalam bahasa Mongolia, satu komitmen luar biasa demi menjayakan watak ikonik ini.
2. Dibintangi oleh Pelakon Berbakat Besar, Xiao Zhan

Dikenali menerusi drama terkenal seperti The Untamed dan Douluo Continent, Xiao Zhan juga merupakan penyanyi berjaya dengan lagu solo “Spotlight” yang mencipta rekod jualan digital global. Beliau meraih pelbagai anugerah, antaranya Aktor Paling Berpengaruh (Weibo Awards 2025) dan disenaraikan dalam Forbes China 30 Under 30 Asia. Karismanya menjadikan beliau pilihan tepat untuk membawa watak Guo Jing.
3. Adaptasi Daripada Novel Ikonik Karya Jin Yong

Filem ini diadaptasi daripada novel wuxia terkenal Legends of the Condor Heroes hasil karya penulis agung Jin Yong, yang dianggap sebagai ‘Bapa Sastera Silat’ China. Karya ini ialah sebahagian daripada trilogi klasik yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan menjadi warisan budaya yang mempengaruhi sastera dan dunia hiburan China.
4. Disutradarai oleh Hark Tsui, Maestro Filem Wuxia

Pengarah legenda Asia, Hark Tsui, yang terkenal dengan karya seperti Once Upon a Time in China dan Swordsman II, buat julung kalinya mengarah adaptasi langsung karya Jin Yong. Gabungan antara visi sinematik Tsui dan kekuatan penceritaan Jin Yong dijangka melahirkan mahakarya baharu yang mengangkat semula genre wuxia ke persada antarabangsa.
5. Sarat Aksi dan Nilai Kemanusiaan

Berlatar dalam zaman pergolakan sejarah China, Legends of the Condor Heroes: The Gallants ini memaparkan pertembungan nilai antara kuasa dan prinsip. Gabungan koreografi aksi yang mendebarkan, visual memukau, serta emosi mendalam menjadikan filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga kisah perjuangan jiwa dan moral seorang wira sejati.
Dengan kisah yang epik, lakonan mantap dan pengarahan sinematik bertaraf dunia, Legends of the Condor Heroes: The Gallants bukan sekadar sebuah filem wuxia, ia adalah penghormatan kepada nilai-nilai mulia dan keberanian yang menjangkaui zaman.








