Home Artis Korea Lee Se Young Bergandingan dengan Kentaro dalam Drama ‘What Comes After Love’,...

Lee Se Young Bergandingan dengan Kentaro dalam Drama ‘What Comes After Love’, Kolaborasi Pelakon Korea dan Jepun

0

Lee Se Young dan Kentaro Sakaguchi disahkan akan membintangi drama romantik terbaru bertajuk What Comes After Love.

Lee Se Young dan Kentaro Sakaguchi yang meluahkan rasa tidak sabar mereka terhadap projek drama ini. Drama ini merupakan drama kolaborasi antara Korea dan Jepun, yang akan ditayangkan di Coupang Play.

Dibintangi oleh pelakon-pelakon popular dan ternama dari Korea dan Jepun, pasti sahaja membuatkan para peminat tidak sabar menantikan drama terbaru mereka.

 

1. Dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal

Lee see youngLee Se Young merupakan pelakon wanita Korea yang berjaya memikat para peminat melalui kebolehan lakonannya dalam drama Red Sleeve. Dalam drama What Comes After Love, dia akan membawa watak sebagai Kurenai yang hatinya diusik sewaktu bertemu kembali dengan orang yang pernah dicintainya, yang tidak lain dan tidak bukan dilakonkan oleh Kentaro Sakaguchi.

Sementara itu Kentaro Sakaguchi, pelakon Jepun yang menerima pujian tinggi kerana lakonannya dalam filem 10 Years to Live akan membawa watak sebagai Jungo, seseorang yang hidup dengan penuh penyesalan. Kentaro akan menampilkan persembahan dengan watak yang penuh luka di hatinya.

Lee Se Young dan Kentaro Sakaguchi saling menunjukkan rasa keterujaan mereka. “Saya sangat seronok kerana boleh tampil dalam karya salah satu novel yang saya suka,”ujar Lee Se Young.

Kentaro juga mengatakan, “saya tidak sabar untuk memulakan drama ini bersama staf Korea, dan saya seronok boleh bergandingan dengan Lee Se young, yang memang pakar dalam lakonan dan mampu memberi persembahan melodrama dengan indah.”

 

2. Diadaptasi dari karya novel

Lee se youngDrama What Comes After Love merupakan drama yang diadaptasi dari novel karya penulis Korea, Gong Ji Young, dan Tsuji Hitoshi, penulis dari Between Calmness and Passion. Drama ini menggambarkan cinta dan perpisahan antara lelaki dan wanita.

Drama ini mengisahkan Jungo (Kentaro Sakaguchi) bertemu Kurenai (Lee Se Young) yang sedang belajar di Jepun. Pada waktu itu mereka mengembangkan perasaan, tetapi terpaksa berpisah dengan meninggalkan luka di hati masing-masing. Hingga 5 tahun kemudian, mereka bertemu lagi di Korea dan perjalanan cinta mereka kembali dibuka.

 

3. Lokasi penggambaran di Jepun dan Korea

5f6f8841 a3b9 4f48 82c7 0a7d2f0239afPenggambaran drama akan dilakukan di Jepun untuk masa pertemuan pertama mereka, kemudian penggambaran di Korea untuk babak-babak penyatuan mereka. Moon Hyun Sung, selaku pengarah mengatakan, “saya sangat bersyukur kerana dapat terlibat dalam drama dari karya asli dan sebenar, yang mana menggambarkan cinta dari sudut pandangan penulis dari kedua-dua negara.”

Drama ini akan ditayangkan di COUPANG PLAY. COUPANG PLAY merupakan layanan distribusi video yang diberikan kepada anggota COUPANG WOW, layanan keahlian online yang dioperasikan oleh COUPANG, layanan e-commerce terbesar di Korea.

Nantikan lagi kemaskini kami tentang drama ini okay!

Baca lagi: 7 Makhluk Supernatural Kdrama 2023, Jatuh Cinta dengan Manusia
Baca juga: Han Suk Kyu Menjadi Profiler dalam Kdrama Thriller Jenayah Terbaru 2024