Home Artis Korea Lee Junho Dibayar 100 Juta Won Untuk 1 Episod King The Land?

Lee Junho Dibayar 100 Juta Won Untuk 1 Episod King The Land?

0

Sebelum membintangi drama siri King The Land bersama YoonA SNSD, karier Lee Jun Ho 2PM dalam dunia lakonan sudah meledak hasil lakonannya sebagai raja dalam The Red Sleeve. Bahkan, kerana pencapaiannya tersebut, bayaran Junho setiap episod untuk Kdrama disebut-sebut semakin mahal.

Di luar bidang lakonan, Lee Junho 2PM dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan 2PM yang memang mempunyai pendapatan dari royalti lagu.

Anda rasa berapakah jumlah kekayaan Lee Junho?

1. Satu sumber menyebut bayaran Lee Jun Ho untuk setiap satu episod drama mencecah 100 juta Won

Lee JunhoKejayaan drama siri The Red Sleeve pada tahun 2021-2022 lalu membuatkan Lee Junho tersenarai sebagai salah seorang pelakon lelaki Korea Selatan dengan bayaran tertinggi. Lagi pula, lakonan Lee Junho juga mendapat pengiktirafan melalui kemenangannya yang meraih Pelakon Lelaki Terbaik di Baeksang Arts Awards.

TMI News yang dikutip juga oleh KpopStarZ mendedahkan bahawa pelakon ini menerima bayaran 100 juta won untuk setiap satu episod untuk projek terbarunya, ramai meneka bahawa projek tersebut adalah King the Land.

2. Berapa jumlah kekayaan Lee Jun Ho?

c80d0788 25b5 4849 aa28 d9ca6c555513Pada tahun 2020, jumlah pendapatan bersih Lee Jun Ho dianggarkan mencapai 1 hingga 5 juta USD, menurut beberapa sumber. Namun kerana kariernya dalam dunia semakin laris dan meledak, kekayaannya juga diyakini telah bertambah.

Berdasarkan popularitinya yang semakin meningkat dan permintaan yang tinggi sejak 2020 hingga 2023, kekayaan bintang yang merupakan idol dan pelakon ini dianggarkan mencapai 16.6 juta USD. Jumlah ini bahkan dijangkakan akan meningkat sebanyak 78 juta USD.

3. Jumlah bayaran diterima oleh Lee Jun Ho sebagai anggota kumpulan 2PM

45652a84 9292 46fe bc88 6fc3d81fef88Dalam artikel yang sama, penghasilan 2PM pada tahun 2013 dikhabarkan mencapai 27.3 juta USD. Dipetik dari KBIZoom, jika jumlah tersebut dibahagi sama rata dengan para anggota yang lain, Lee Jun Ho akan mendapatkan sekitar 1.3 juta USD, belum lagi termasuk bayaran untuk royalti lagu.

Pada tahun 2020, seorang pakar muzik mendedahkan bahawa satu lagu hit dapat menghasilkan pendapatan sekitar 16 ribu hingga 25 ribu USD. Lee Junho sendiri termasuk dalam senarai ketujuh sebagai bintang idol yang paling banyak menerima hak cipta lagu.

Menurut Korea Music Copyright Association, anggota kumpulan 2PM ini tersenarai mempunyai ratusan lagu yang mencatat namanya. Namun selepas menjadi seorang pelakon, sebahagian besar penghasilan Lee Junho khabarnya diperolehi dari dunia lakonan. Moga terus maju jaya Junho!

Baca lagi: The Wedding War, Menang 290 Juta Won Untuk Berkahwin
Baca juga: Junho 2PM Membintangi Kdrama Superhero Netflix