Lee Jung Ha dilaporkan tidak akan kembali dalam Moving Musim 2 selepas beliau dijadualkan menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib bermula Januari 2026. Watak Kim Bong Seok dikhabarkan bakal digantikan pelakon lain, sekali gus mencetuskan reaksi peminat. Baca reaksi peminat dan status produksi terkini di Disney+.
Pelakon Korea Selatan Lee Jung Ha dilaporkan tidak akan kembali membintangi drama popular Moving Musim 2. Perkara ini dikaitkan dengan komitmen beliau untuk menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa wataknya akan digantikan oleh pelakon lain.
Peranan Kim Bong Seok Bakal Di-Recast

Menurut laporan media Korea Selatan, pihak produksi Moving Musim 2 kini sedang mempertimbangkan pelakon baharu untuk mengisi watak Kim Bong Seok, yang sebelum ini dilakonkan oleh Lee Jung Ha pada musim pertama.
Selain perubahan barisan pelakon, drama ini juga mengalami pertukaran pengarah. Kerusi pengarah kini diambil alih oleh Kim Sung Hoon, menggantikan Park In Je. Proses penggambaran dijangka bermula pada musim panas 2026, dengan pemilihan pelakon masih berlangsung.
Lee Jung Ha Sertai Perkhidmatan Ketenteraan Wajib

Ketiadaan Lee Jung Ha dalam musim baharu ini dipercayai berpunca daripada pengumuman rasmi oleh agensinya, Namoo Actors, pada Disember 2025. Pelakon tersebut dijadualkan memulakan latihan perkhidmatan ketenteraan wajib pada 26 Januari 2026, termasuk latihan intensif bersama Kor Marin Korea Selatan.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau akan menghentikan sementara semua aktiviti seni dan lakonan.
Senarai Drama Korea Februari 2026 (Jadual & Sinopsis)
Tiga Watak dalam Universe Moving di Light Shop yang Menpunyai Kuasa Super, Dijangka Muncul di Moving Musim 2
Reaksi Peminat Cetus Perdebatan

Watak Kim Bong Seok merupakan antara karakter paling digemari dalam Moving, kerana gabungan personaliti polos dan kekuatan luar biasa yang dimilikinya. Justeru, laporan mengenai penggantian pelakon telah mencetuskan reaksi bercampur-campur dalam kalangan peminat, dengan ramai meluahkan rasa kecewa di media sosial.
Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak produksi mahupun platform penstriman Disney+ mengenai barisan pelakon akhir bagi Moving Musim 2.
Walaupun laporan mengenai penggantian pelakon ini masih belum disahkan secara rasmi, perkembangan terkini Moving Musim 2 terus mencuri perhatian peminat drama Korea. Ketiadaan Lee Jung Ha akibat komitmen terhadap perkhidmatan ketenteraan wajib sememangnya memberi kesan besar, terutama kepada penonton yang menggemari watak Kim Bong Seok.
Dengan proses produksi yang masih berjalan, peminat kini hanya mampu menantikan pengumuman rasmi daripada pihak produksi dan Disney+ mengenai barisan pelakon akhir serta tarikh tayangan. Sama ada pelakon baharu mampu mengisi kekosongan tersebut atau tidak, Moving Musim 2 tetap dijangka menjadi antara drama paling dinantikan tahun ini.








