Home Artis Korea Lee Do Hyun Kembali Beraksi, Drama Fantasi ‘Grand Galaxy Hotel’, Janjikan Kisah...

Lee Do Hyun Kembali Beraksi, Drama Fantasi ‘Grand Galaxy Hotel’, Janjikan Kisah Penuh Misteri

0

Barisan bintang terkenal dan digilai ramai iaitu Lee Do Hyun dan Shin Si Ah bersedia memukau penonton menerusi drama Korea terbaharu mereka yang berjudul Grand Galaxy Hotel.

Drama ini merupakan karya terbaharu hasil tulisan penulis skrip yang sangat terkenal iaitu Hong Sisters. Selepas kejayaan besar Hotel Del Luna, ini menjadi kali kedua bagi Lee Do Hyun untuk bekerjasama dengan duo penulis popular tersebut.

Drama Grand Galaxy Hotel ini juga merupakan projek sulung beliau selepas menamatkan latihan ketenteraan wajib. Shin Si Ah pula akan memegang watak utama wanita, menggantikan Go Min Si yang terpaksa menarik diri susulan kontroversi berkaitan kes buli sewaktu zaman persekolahannya dulu. Grand Galaxy Hotel dijadualkan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun 2025.

1. Sebuah Drama Fantasi-Thriller yang Penuh Tarikan

d149e190 ef15 42fa b74f fc61f34e5720

Grand Galaxy Hotel ini mengangkat tema fantasi dan thriller, berlatarbelakangkan sebuah hotel yang dihuni roh dan makhluk ghaib. Dalam jalan ceritanya, pemilik asal hotel itu telah hilang tanpa dapat dikesan, sekali gus menambahkan unsur misteri yang menyelubungi lokasi tersebut.

2. Peranan Lakonan Lee Do Hyun dan Shin Si Ah

bf7a6a74 c80d 4d85 a41d a63d24daf960

Lee Do Hyun akan membawa watak sebagai pemilik baharu hotel tersebut, manakala Shin Si Ah pula memainkan peranan sebagai seorang pekerja muda yang terjebak dalam pelbagai kekacauan yang berlaku di hotel berkenaan. Keserasian di antara kedua-dua pelakon ini sangat dinanti-nantikan oleh para peminat.

3. Sambutan Hangat daripada Peminat

81a33e4d eae2 4703 bfe0 a92b5b98d7ba

Para peminat menunjukkan keterujaan yang tinggi untuk menyaksikan gandingan Lee Do Hyun dan Shin Si Ah dalam drama ini. Ramai yang berharap hubungan dinamik antara watak mereka akan menambah tarikan dan kekuatan jalan cerita.

4. Projek Terbaharu dari Hong Sisters

Grand Galaxy Hotel

Hong Sisters terkenal dengan karya-karya cemerlang dan berimpak tinggi. Grand Galaxy Hotel diharapkan mampu meneruskan legasi kejayaan mereka seperti mana yang telah dicapai sebelum ini. Penggambaran dijangka bermula pada separuh kedua tahun 2025 dan pengeluarannya pada 2026, dan para peminat berharap drama ini dapat disiarkan sejurus selesai proses produksi.

Baca Lagi: “TRIGGER” 25 Julai Ini, Misi Gelap Bekas Penembak Tepat Dalam Korea Yang Kini Dilanda Perdagangan Senjata Haram
Baca juga: “The Nice Guy” 18 Julai Ini, Kisah Lelaki Biasa Dari Dunia Gelap yang Ingin Menjadi Manusia Baharu