Home Artis Korea Lee Chae Min Kuasai Netflix dengan Lakonan Pelbagai Genre

Lee Chae Min Kuasai Netflix dengan Lakonan Pelbagai Genre

0

Nama Lee Chae Min kembali menjadi sebutan selepas kemunculannya dalam drama Korea terbaharu, Bon Appetit, Your Majesty, yang mula ditayangkan di Netflix pada 23 Ogos 2025.

Dalam drama bergenre romantis bersejarah ini, aktor kelahiran 15 September 2000 itu membawakan watak Raja Lee Heon dari era Joseon – seorang pemerintah yang digelar “tiran”, namun memiliki citarasa tinggi, khususnya dalam dunia kuliner.

IMG 6665

Penampilannya berjaya mencuri perhatian ramai penonton, malah tidak sedikit yang sabar menantikan episod baharu drama tersebut. Sambil menunggu kemunculan episod seterusnya, berikut ialah senarai drama popular lakonan Lee Chae Min yang juga boleh ditonton di Netflix.

1. Crash Course in Romance

Lee chae min

Nama Lee Chae Min mula melonjak selepas penampilannya dalam drama Crash Course in Romance. Dalam siri ini, beliau memegang watak Lee Seon, seorang pelajar sekolah menengah yang cerdas dan berasal daripada keluarga berada.

Walaupun berjaya mengekalkan imej pelajar berprestij, Lee Seon diam-diam menyimpan perasaan terhadap sahabat rapatnya, Nam Hae Yi (lakonan Roh Yoon Seo). Drama ini meraih populariti besar dan tamat dengan pencapaian rating lebih daripada 17%, menjadikannya salah satu drama kegemaran penonton.

2. See You in My 19th Life

2adcd4e4 ac82 4b1d 9ef8 28da7b21eac5

Dalam drama See You in My 19th Life, Lee Chae Min tampil sebagai pelakon pembantu dengan watak yang cukup menarik perhatian. Beliau melakonkan Kang Min Gi, seorang pekerja sambilan di restoran yang rupa-rupanya ialah seorang ahli arkeologi.

Menariknya, Kang Min Gi digambarkan telah melalui lebih daripada 20 kali reinkarnasi dan masih menyimpan memori daripada kehidupan silamnya. Drama ini mencatat rating tertinggi melebihi 5%, sekali gus mengukuhkan lagi nama Lee Chae Min dalam industri.

3. Hierarchy

IMG 6831

Selepas Crash Course in Romance, Lee Chae Min kembali membawakan watak pelajar sekolah menengah dalam drama Hierarchy. Beliau memegang watak Kang Ha, seorang pelajar baharu berstatus biasiswa di Sekolah Menengah Jooshin yang terkenal elit.

Namun, di sebalik statusnya, Kang Ha menyimpan misi tersembunyi – untuk menyiasat misteri kematian saudara kembarnya, Kang In Han (lakonan Kang Min Chul). Dalam usahanya itu, Kang Ha terlibat dengan golongan pelajar berpengaruh di sekolah tersebut, termasuk Jung Jae Yi (Roh Jeong Eui) dan Kim Ri An (Kim Jae Won).

Menurut catatan IMDb, drama ini memperoleh penilaian 6.0/10.

4. Bon Appetit, Your Majesty

9b99464a 9654 4560 b947 0f66c9c824af

Terkini pada Ogos 2025, Lee Chae Min sekali lagi mempamerkan sisi berbeza lakonannya menerusi drama Bon Appetit, Your Majesty. Dalam karya bergenre romantis-bersejarah ini, beliau membawakan watak Raja Lee Heon, seorang raja Joseon yang kejam namun memiliki kepakaran dalam bidang kuliner.

Kehidupannya berubah apabila baginda bertemu dengan seorang wanita misterius dari dunia moden, Yoon Ji Yeong (lakonan Im Yoon Ah), seorang tukang masak yang secara tidak sengaja terjebak ke zaman Joseon. Situasi luar biasa itu akhirnya memaksa Yoon Ji Yeong untuk menjadi tukang masak istana.

Drama ini turut mencatat rating melebihi 11% untuk episod 4, menjadikannya antara siri popular baharu di Netflix.

Dengan barisan drama berbeza genre di Netflix, Lee Chae Min berjaya membuktikan keupayaannya sebagai seorang aktor muda yang serba boleh. Daripada kisah cinta remaja di sekolah, kisah reinkarnasi, misteri penuh konflik, hinggalah watak raja bersejarah dengan sentuhan romantis, Lee Chae Min terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang bintang generasi baharu paling menyerlah dalam industri hiburan Korea.

Baca lagi: Lee Chae Min Dipilih Jadi Raja Dalam Masa 10 Hari, Drama BON APPETIT, YOUR MAJESTY Curi Tumpuan
Baca juga: Dua Wajah Berbeza Kim Young Kwang dalam Drama Korea 2025