Home Artis Korea Lapan Kdrama Popular Lee Kwang Soo, Dari Watak Lucu ke Peranan Emosi

Lapan Kdrama Popular Lee Kwang Soo, Dari Watak Lucu ke Peranan Emosi

0
Screenshot

Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pelawak, Lee Kwang Soo? Pastinya anda mengenalinya! Selain terkenal dengan gelagatnya yang mencuit hati serta menghiburkan peminat, beliau juga seorang pelakon yang berbakat besar.

Ini terbukti melalui pelbagai drama dan filem yang telah dibintanginya. Lebih menarik lagi, pada tahun 2025 ini, dua buah dramanya ditayangkan hampir serentak pada awal tahun, iaitu The Divorce Insurance dan Karma. Bukan sekadar membawa watak lucu, Kwang Soo turut membuktikan bahawa beliau mampu menjiwai watak serius dengan cemerlang.

Anda peminat Lee Kwang Soo? Jom ikuti senarai 8 drama Korea popular lakonannya!

1. Karma (2025)

Lee kwang soo

Kisah enam individu yang terjerat dalam takdir yang malang. Seorang lelaki (Park Hae Soo) menyaksikan satu kemalangan misteri dan membuat perjanjian yang tidak dapat dibatalkan.

Lee Ju Yeon (Shin Min Ah), seorang doktor yang menyimpan trauma sejak kecil, akhirnya bertemu dengan individu yang menjadi punca kepada kesengsaraannya. Lee Kwang Soo pula memegang watak sebagai Han Sang Hun, pengendali sebuah klinik swasta yang berjaya di Gangnam. Beliau mempunyai kekasih bernama Lee Yu Jeong (Gong Seung Yeon) yang sangat menawan.

Drama penuh konflik ini boleh ditonton di Netflix dengan 6 episod mendebarkan.

2. The Divorce Insurance (2025)

0720725c ecef 49a9 8c6f adf349763d08

Mengisahkan Noh Ki Jun (Lee Dong Wook), seorang pegawai pembangunan produk di syarikat insurans. Ketika kadar perceraian semakin meningkat, beliau mencipta idea polisi insurans perceraian — menganggap perceraian sebagai sejenis bencana dalam hidup seseorang.

Beliau membentuk pasukan khas bersama Kang Han Deul (Lee Joo Bin), Ahn Jeon Man (Lee Kwang Soo), Joh Ah Young (Chu So Jung), dan Jeon Na Rae (Lee Da Hee). Pasukan ini terdiri daripada individu yang pernah melalui perceraian dan menolak konsep perkahwinan.

Drama ini menawarkan gabungan emosi dan jenaka yang menyentuh hati, boleh ditonton di Amazon Prime Video.

3. No Way Out: The Roulette (2024)

7a89e785 7dca 4785 9192 2ba6d159d6e4

Mengisahkan seorang penjenayah berbahaya yang dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara dan ditawarkan ganjaran sebanyak 20 bilion won untuk kepalanya.

Baek Joong Sik (Cho Jin Woong), seorang detektif, ditugaskan untuk melindunginya. Kim Guk Ho (Yoo Jae Myung), penjenayah tersebut, menunjuk Lee Sang Bong (Kim Moo Yul) sebagai peguam. Lee Kwang Soo pula membawa watak Yoon Chang Jae, seorang tukang daging yang cuba mendapatkan kembali wangnya.

4. The Killer’s Shopping List (2022)

101d279b b0a0 4259 9024 57b256624cda

Dae Sung (Lee Kwang Soo) memiliki daya ingatan yang luar biasa tetapi seorang yang pemalu. Gagal dalam ujian perkhidmatan awam selama tiga tahun, beliau bekerja sambilan di pasar raya ibunya. Satu hari, berlaku pembunuhan misteri di kawasan kejiranan. A Hee (Seol Hyun), teman wanitanya yang juga seorang anggota polis, menyiasat kes tersebut bersama Dae Sung dan ibunya.

Drama penuh kejutan dan komedi ini boleh ditonton di iQIYI.

5. Live (2018)

a5105af7 da3d 42fe b11b c0c3fd667d6f

Jung O (Jung Yu Mi) memilih kerjaya sebagai anggota polis selepas menghadapi tekanan dalam hidup. Di akademi, beliau bertemu Sang Soo (Lee Kwang Soo), yang sebelum ini bekerja dalam syarikat air sebelum syarikat itu terlibat dalam penipuan.

Drama ini menyentuh cabaran dan realiti hidup anggota polis dan boleh ditonton di iQIYI.

6. The Sound of Your Heart (2016)

649d72b5 db34 4e70 b486 87727ad79758

Drama komedi berdasarkan kehidupan pelukis komik Jo Suk (Lee Kwang Soo) bersama keluarganya yang sentiasa mengusik dan mencetuskan pelbagai jenaka. Cinta uniknya bersama Ae Bong (Jung So Min) turut menceriakan jalan cerita.

Drama ringan yang pasti menghiburkan, boleh ditonton di Netflix.

7. It’s Okay, That’s Love (2014)

7102c32c 4902 4460 b6a7 8fb6d43f94b1

Mengisahkan Jang Jae Yeol (Jo In Sung), penulis dan penyiar radio yang menghidap gangguan mental, dan Ji Hae Soo (Gong Hyo Jin), doktor psikiatri. Lee Kwang Soo memegang watak Park Soo Gwang, rakan kepada pasangan utama.

Drama ini boleh ditonton di iQIYI.

8. The Innocent Man (2012)

1d152ce6 a0d3 45b3 b377 663cbc0ddd3e

Ma Roo (Song Joong Ki), pelajar perubatan yang berkorban demi wanita yang dicintainya, Jae Hee (Park Si Yeon). Watak Eun Gi (Moon Chae Won), pewaris syarikat, menambah konflik dalam drama ini. Lee Kwang Soo memegang watak Park Jae Gil, sahabat baik Ma Roo.

Boleh ditonton di Viu dan Netflix.

Lee Kwang Soo berjaya membuktikan dirinya bukan sekadar pelawak pentas, malah seorang pelakon serba boleh yang mampu menghidupkan pelbagai jenis watak – daripada lucu hingga serius.

Daripada semua drama ini, yang manakah paling menyerlahkan kehebatan lakonannya menurut anda?

Baca lagi: “Way Back Love” Berakhir dengan Rating Tinggi & Menerima Pujian Luas
Baca juga: “One: High School Heroes”, Aksi Sekolah Menengah Terbaharu Sarat Keberanian dan Pengorbanan