Home Kdrama/Kmovie Lagu OST Sudden Shower Lovely Runner Cetus Fenomena, Ini Lirik dan Maksudnya

Lagu OST Sudden Shower Lovely Runner Cetus Fenomena, Ini Lirik dan Maksudnya

0

Ramai peminat drama Korea kini mengalami demam Lovely Runner. Purata rating nasional semasa drama ini disiarkan adalah sekitar empat peratus, tetapi perbualan mengenai drama ini sangat sengit sehingga mencapai rating index 60%. Ini meletakkan Lovely Runner drama paling popular dikalangan peminat global.

The Korea Times melaporkan bahawa di Korea terdapat istilah Sun-chinja, untuk menggambarkan orang yang sangat menyukai Sun Jae, watak yang dilakonkan oleh Byeon Woo Seok.

Lovely runner IMG 5092

Tidak hairanlah ramai yang tertarik dengan Sun Jae. Sebabnya watak ini digambarkan menyayangi Im Sol (Kim Hye Yoon) dengan begitu mendalam. Dia meluahkan cintanya dalam lagu bertajuk “Sonagi,” atau “Sudden Shower.”

Dalam drama, lagu ini dibawakan oleh Eclipse, sebuah kumpulan K-Pop di mana Sunjae menjadi vokalis. Pada asalnya, Byeon Woo Seok sendiri menyanyikan lagu ini.

IMG 5090

Bukan sahaja mempunyai kedudukan penting dalam drama Korea, lagu ini juga mendapat sambutan hangat dalam kehidupan sebenar. Di Korea Selatan, lagu itu memasuki carta Melon Top 100, satu pencapaian yang sukar dicapai walaupun artis terkenal.

Baca juga: 5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan

Nak tahu apakah lirik lagu yang telah berjaya membuai emosi setiap peminat drama Lovely Runner? Jom, sama-sama kita menyanyi dengan Sun Jae dengan lirik lagu berikut:

Lirik lagu Sudden Shower, dibawakan oleh Byeon Woo Seok

Geuchhiji anhgireul baraetjyo
Cheoeum geudae naegero odeon geunare
Jamsi dongan jeokneun
Geureon biga anigil
Ganjeolhi nan baraewasseotjyo
 
Geudaedo nae mam anay
Maeil geudaeman geuryeowatdeon nareul
Oneuldo nae mame seumyeodeuljyo
 
Geudaeneun seonmuripnida haneuri naeryeojun
Hello seon sesang soge geudael jikyeojulgeyo
Eoneu nal mundeuk sonagicheoreom
Naerin geudaejiman
Oneuldo bulleo bopnida
Naegen sojunghan saram
Oh…

Tteoreojineun bimuri
Eoneusae nal kkaeugo
Geudae saenggage jamgyeoyo
 
Ijeneun naegero wayo
Eonjenacheoreom gidarigo itjyo
Geudae soneul kkok jabajulgeyo
 
Geudaeneun seonmuripnida haneuri naeryeojun
Hello seon sesang soge geudael jikyeojulgeyo
Eoneu nal mundeuk sonagicheoreom
Naerin geudaejiman
Oneuldo bulleo bopnida
Naegen sojunghan saram
 
Ijgo sipdeon apeun gieokdeuldo
Bitbangulgwa hamkke heullyeobonaemyeon dwaeyo
Ttaeroneun jichyeodo
Haneuri heuryeodo
Naega itdaneun geol ijji marayo
 
Geudaeneun malangipnida sarang hanappunin
Dasineun geudaewa gateun nest eopseul teni
Ijji anhayo naege jueotdeon
Jageun gieok hanado
Oneuldo saegyeobopnida
Naegen seonmurin geudael

Maksud lirik lagu Sudden Shower atau Sonagi

IMG 5091

Aku tak ingin ini berhenti
Hari saat kau datang kepadaku
Kuharap dengan sungguh-sungguh
Itu bukan hujan yang datang sebentar membasahi
 
Apa kau tahu isi hatiku?
Kaulah yang kubayangkan setiap hari
Hari ini pun, kau ada di hatiku

Kau adalah anugerah yang diturunkan dari langit
Dalam dunia di mana aku berdiri sendiri
Aku akan melindungimu
Suatu hari, tiba-tiba, seperti hujan gerimis yang tiba-tiba
Kau datang
Aku kembali memanggilmu lagi hari ini
Kau seorang yang berharga bagiku
 
Air hujan yang jatuh
Tiba-tiba menyedarkanku
Yang tersesat dalam fikiran tentangmu

Sekarang, datanglah kepadaku
Aku menunggumu
Seperti dahulu
Aku akan memegang erat tanganmu

Bahkan kenangan menyakitkan yang ingin kulupakan
Dapat aku lepaskan bersam dengan titisan hujan
Walaupun kadang-kadang aku letih
Walaupun langit mendung
Jangan lupa kewujudanku
 
Kaulah cinta
Satu-satunya cinta
Tidak akan ada cinta seperti dirimu lagi
Aku tidak akan lupa
Setiap kenangan yang kau berikan
Aku kembali mengukirnya hari ini
Kau, yang merupakan anugerah untukku

Sedapkan liriknya? Episod terbaru Lovely Runner boleh ditonton setiap hari Isnin dan Selasa. Pastikan anda strim hanya di Viu ya!

Baca lagi: Lovely Runner Memintas Queen of Tears Sebelumnya 50.30% sebagai Kdrama Paling Popular Dengan Rating Index 60.52% Minggu Pertama Mei
Baca juga: Kehadiran Heo Hyeong Gyu Sebagai Psikopat dan Pembunuh Bersiri, Mengubah Genre “Lovely Runner” Menjadi Thriller Psikologi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here