Home Entertainment Kwon Mina Mendapat Perhatian Netizen Selepas Siarkan Gambar Baharunya Bersama Ahli AOA...

Kwon Mina Mendapat Perhatian Netizen Selepas Siarkan Gambar Baharunya Bersama Ahli AOA INI

0

Kwon Mina, bekas ahli AOA, berkongsi gambar baharu di akaun Instagramnya. Peminat terkejut melihat dia bersama dengan ahli AOA ini, tetapi gambar itu juga telah membuat peminat tersenyum lebar.

Siapa yang bersama dengan Kwon Mina? Jom baca sampai habis.

Sekitar jam 10:00 malam, waktu Korea, pada 11 September, Kwon Mina mendedahkan dua selfie bersama AOA Hyejeong. Dia menyiarkan gambar itu dengan kapsyen, “Hye dong dong,” dengan bentuk hati bewarna merah di hujungnya.

kwon mina hanging out with aoa hyejeong

Dalam gambar yang disiarkan, Kwon Mina dan AOA Hyejeong tersenyum ceria sambil wajah mereka rapat antara satu sama lain. Peminat juga memberi respon yang positif kepada gambar tersebut kerana sudah lama tidak melihat mereka bersama.

Komen seperti “persahabatan sejati,” “Saya tidak percaya,” dan, “Saya benar-benar terkejut,” memenuhi Instagram Mina.

Peminat kedua-dua idola itu sangat gembira kerana mereka dapat melihat gambar yang disiarkan Mina ini. Menurut satu artikel, mereka berdua dilihat melepak sebentar di luar rumah mereka untuk Chuseok.

e4b8e376cad54211a8c974c94916a3d3

Peminat di Twitter pula memberi respon keliru tetapi dalam masa yang sama mereka sangat gembira. Mereka tweet:

“Saya minta maaf tapi saya sebenarnya menangis, saya rasa sangat SANGAT EMOSI sekarang, saya pun tak tahu apa yang saya rasa saya cuma rasa nak menangis saja”

“Wow Hyejeong tu betul-betul seperti bidadari. Macam, dia sudah lupakan semua yang Mina cakap. My baby”

Ramai peminat AOA turut menggelar Hyejeong sebagai penyelamat dan malaikat kerana masih berkawan dengan Kwon Mina, manakala yang lain mempertahankannya dengan mengatakan dia memang sudah rapat dengan Kwon Mina.

Baca lagi: “Kemain Jauh Beza Umur”- Aktor Veteran, Choi Sung Kook, Dedah Jarak Usia Dia & Kekasih

Baca lagi: Diugut Individu Ini, Jihyo TWICE Dedah Punca Sebenar Kurus