Jihyo TWICE dulu dikenali dengan badan dan pipi yang sedikit chubby. Tetapi, selepas debut bersama TWICE, Jihyo kelihatan semakin kurus.

Setiap ‘comeback’, Jihyo kelihatan semakin menawan dan badannya kelihatan semakin sihat. Terbaru, ramai peminat yang terkejut melihat imej terbaharu anggota TWICE itu.

twice jihyo 1

Apabila ditanya tentang rahsia dan tips yang diamalkan sehingga mendapatkan tubuh badan yang ideal begitu, jawapan Jihyo mudah sahaja.

“Saya menjadi kurus begini disebabkan pengurus saya yang sentiasa mengingatkan saya bahawa saya tidak akan dibenarkan untuk membuat persembahan di atas pentas jika berat saya melebihi 45 kilogram (kg).”

Pengurus Jihyo juga memberi amaran kepada vokalis utama TWICE itu bahawa dia tidak akan dapat berjumpa dengan peminat kalau tidak mencapai standard yang ditetapkan oleh agensinya.

220606 TWICE Jihyo Instagram Update documents 1

Bagaimanapun, Jihyo pernah terpaksa menipu pengurusnya dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah makan makanan ringan, sedangkan dia pernah beberapa kali berbuat sedemikian.

Kata Jihyo, berat badannya kini sudah mencapai standard iaitu 42kg dan dia akui bahawa dia sangat selesa dan lebih yakin dengan penampilannya yang terkini.

Baca lagi: Hyelin EXID Dedah Dia Mengalami Ini Selepas Lagu ‘Up&Down’ Tiba-Tiba Menjadi Terkenal

Baca lagi: “Jelmaan Puteri Diana”- Netizen Korea Cipta Teori Jelmaan Semula Berkaitan Kelahiran Jungkook BTS

Sumber: [1]

Previous articleHyelin EXID Dedah Dia Mengalami Ini Selepas Lagu ‘Up&Down’ Tiba-Tiba Menjadi Terkenal
Next article“Dia Ditahan Kerana Dadah…”-Rakaman CCTV Tunjuk Pelakon Itu Ialah Lee Sang Bo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here