Home News “Dia Ditahan Kerana Dadah…”-Rakaman CCTV Tunjuk Pelakon Itu Ialah Lee Sang Bo

“Dia Ditahan Kerana Dadah…”-Rakaman CCTV Tunjuk Pelakon Itu Ialah Lee Sang Bo

0

Beberapa media telah mengesahkan identiti pelakon yang ditangkap akibat penyalahgunaan dadah selepas berita SBS menunjukkan rakaman CCTV dengan imej aktor terbabit.

1662958606 2022091205450131254 1662929101 0017461130

Sebelum itu, pelakon yang identitinya dirahsikan itu telah ditahan di rumah nya di Nonhyeondong, Gangnam, Seoul sekitar waktu petang pada 10 September lalu selepas didapati terbabit dengan penyalagunaan dadah. Pada awalnya, polis daripada Stesen Gangnam telah bergegas ke lokasi kejadian setelah mendapat aduan daripada orang awam mengenai “lelaki di bawah pengaruh dadah berkeliaran di kawasan tersebut.”

1662958572 2022091205454431257 1662929145 0017461130

Ketika polis sampai di tempat kejadian, Lee Sang Bo dikatakan tidak mampu berjalan, atau bercakap dengan betul dan terdapat beberapa kesan muntah di wajah nya. Polis turut menjumpai sedozen pil di rumah nya dan siasatan akan dilakukan terhadap bahan di dalam pil tersebut. Dia akan disoalsiasat selepas mendapat rawatan daripada hospital.

1662958991 thumbnail 4

Sementara itu, Lee Sang Bo telah bergerak secara solo setelah meninggalkan agensi nya pada tahun lalu.

Semoga Lee Sang Bo bebas daripada najis dadah.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Diugut Individu Ini, Jihyo TWICE Dedah Punca Sebenar Kurus