Kim Young Kwang dan Chae Soo Bin dikhabarkan akan berlakon bersama dalam drama baharu berjudul “Charge Me Up”. Drama ini bergenre fantasi romantik yang merupakan adaptasi novel web popular dengan tajuk yang sama.
Drama ini akan diarahkan oleh Park Soo Won, yang terkenal dengan penerbitan drama Birthcare Center, Work Later, dan Drink Now 2. Drama “Charge Me Up” ialah sebuah karya yang menggambarkan percintaan antara Baek Ho Rang , seorang lelaki yang bateri jantung tiruannya kehabisan, dan Na Bo Bae, seorang wanita yang mempunyai kuasa elektrik.
Kim Young Kwang akan memainkan watak utama lelaki Baek Ho Rang dan mempamerkan daya tarikan menawannya sebagai peneraju lelaki dalam genre komedi romantik selepas sekian lama.
Manakala aktress kelahiran 1994, Chae Soo Bin dikatakan akan melakonkan watak protagonis wanita bernama Na Bo Bae dalam drama percintaan fantasi ini.
Charge Me Up mengisahkan Baek Ho Rang, seorang lelaki yang hidup dengan hati buatan. Ia memerlukan tenaga elektrik yang berterusan untuk jantungnya berfungsi. Sebaliknya, Na Bo Bae adalah seorang wanita yang mempunyai kebolehan yang unik. Dia mampu menjana elektrik daripada badannya.
Apabila dua orang ini bertemu, mereka tertarik antara satu sama lain. Bukan sahaja kerana keadaan mereka yang jarang berlaku, tetapi juga kerana ikatan emosi dalam hubungan itu.
Chae Soo Bin yang namanya dikenali menerusi drama When The Phone Rings, I’m Not A Robot dan A Piece of Your Mind turut mendapat sambutan positif daripada peminat atas lakonannya dalam drama akan datang. Pelakon cantik ini telah membina reputasi yang cemerlang berkat kemahiran lakonan semulajadinya.
Bukan itu sahaja, penglibatan Kim Young Kwang dalam drama “Charge Me Up” turut mendapat sambutan hangat daripada netizen. Beberapa drama yang dibintangi oleh pelakon kacak ini ialah Pinocchio, The Secret Life of My Secretary, dan yang terbaru—The Haunted Place.
Dengan cerita yang unik dan barisan pelakon terkenal, “Charge Me Up” diramalkan menjadi antara drama yang dinanti-nantikan tahun ini.
Walau bagaimanapun, masih belum ada pengesahan lanjut mengenai tarikh siaran “Charge Me Up”, tetapi telah diumumkan bahawa drama itu akan dikeluarkan di platform penstriman global. Siapa yang tidak sabar untuk melihat chemistry Chae Soo Bin dan Kim Young Kwang?