Home News Kerana Secawan Kopi, Pihak Restoran Terpaksa Menyediakan Ruang Khas Untuk Peminat Artis...

Kerana Secawan Kopi, Pihak Restoran Terpaksa Menyediakan Ruang Khas Untuk Peminat Artis Ini

0

Xiao Zhan juga dikenali sebagai Sean Xiao adalah pelakon dan penyanyi yang berasal dari negara China. Dia membuat penampilan sulung sebagai anggota kumpulan X Nine dan mendapat populariti yang meluas apabila melakonkan beberapa watak dalam drama Joy of Life (2019), The Untamed (2019) serta The Wolf (2020).

Menjadi Kegilaan Peminat

Pada 10 Ogos 2020, Xiao Zhan telah berkongsi vlognya kepada orang ramai. Video berdurasi dua minit yang disiarkan di akaun Weibo, yang dimuat semula di saluran YouTube, menunjukkan kehidupan seharian pelakon berusia 28 tahun itu. Daripada vlog tersebut, ramai daripada peminat yang cuba untuk mengikuti gerak geri artis ini.

Segala Aktiviti Deperhatikan

1

Di dalam vlog tersebut, Xiao Zhan bermula dari perjalanan di dalam kereta, kapal terbang, ketika bersolek, bermain dengan haiwan dan salah satu moment dalam video tersebut menunjukkan Xiao Zhan sedang menikmati kopi di sebuah kafe.

Menurut Intep Seleb, Xiao Zhan yang tampil dengan semua pakaian hitam dalam bentuk kemeja-T dengan kemeja dan topi, menutupi dirinya dengan topeng sehinggakan tidak dikenali oleh orang ramai.

Kafe Menjadi Tumpuan

2

Setelah video ini dimuat naik, peminat Xiao Zhan teruja dan mula menyerbu kafe tersebut. Ramai peminat datang ke kafe setelah melihatnya di drama The Untamed player. Pengurus kafe juga menyediakan meja tempat Xiao Zhan lengkap dengan kopi yang dipesannya untuk peminat bergambar.

Tempat Bergambar Khas

3

Meja tempat duduk Xiao Zhan sekarang disediakan untuk orang ramai mengambil gambar. Tetapi nampaknya tidak semua peminat berpeluang mengambil gambar kerana terlalu ramai orang yang mengunjungi kafe tersebut.

Menurut Intep Seleb, ada salah seorang dari mereka yang mengatakan bahawa dia mendapat nombor giliran 31 walaupun dia tiba disitu pada awal pagi.

Hebat dan dasyat penangan Xiao Zhan. Dekat Malaysia rasa-rasanya ada atau tidak artis yang digilai peminat sepert ini?