Home News Agensi jawab khabar angin Hyun Bin beli rumah RM16 juta untuk persiapan...

Agensi jawab khabar angin Hyun Bin beli rumah RM16 juta untuk persiapan berkahwin dengan Son Ye Jin

0

PELAKON Hyun Bin dikhabarkan sudah membeli sebuah rumah mewah di Guri, Gyeonggi untuk persiapan mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya iaitu Son Ye Jin.

Bagaimanapun, agensi pengurusan Hyun Bin iaitu VAST Entertainment menjelaskan aktor tersebut masih belum membeli kediaman yang berharga lebih RM16 juta seperti yang didakwa.

“Belum lagi membeli sebagai rumah untuk berkahwin. Kami tidak dapat memberi maklumat lebih lanjut sebab ia terletak di kawasan yang privasi,” kata agensi.

Pasangan pelakon siri Crash Landing on You itu dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta secara senyap-senyap sejak lapan bulan lalu.

Sebelum ini Son Ye Jin mengakui dia berasa malu dan kekok kisah peribadinya diketahui umum namun aktres itu tetap meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang yang baik seperti Hyun Bin. – Soompi