Home Entertainment Kerana Ingin Kelihatan Seperti Jimin BTS, Pelakon ini Meninggal Dunia

Kerana Ingin Kelihatan Seperti Jimin BTS, Pelakon ini Meninggal Dunia

0

Pelakon Kanada, Saint Von Colucci meninggal dunia selepas menjalani 12 pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Jimin BTS

Seorang pelakon lelaki berbangsa Kanada dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani beberapa siri pembedahan plastik.

bd54cf0a 9c4a 4c0c 9897 c65a698d64f3 1

Pelakon yang baru sahaja berusia 22 tahun itu dikenali sebagai Saint Von Colucci dikhabarkan sangat obses untuk kelihatan sama seperti bintang Kpop terkenal iaitu Jimin BTS.

Saint Von Colucci dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital perubatan di Korea Selatan pada pagi Ahad iaitu 23 April 2023 selepas menderita akibat komplikasi pembedahan plastik yang dijalani olehnya beberapa bulan yang lalu.

Menurut aceshowbiz.com, Saint Von Colucci telah membelanjakan sebanyak $220,000 untuk melakukan 12 pembedahan plastik supaya dia dapat berlakon sebagai seorang bintang K-pop untuk sebuah rangkaian striming dari Amerika Syarikat. Pada hari Sabtu lepas, dia telah menjalani prosedur kosmetik untuk membuang implan daripada rahangnya yang telah ditanam sejak bulan November 2022.

Pelakon negara Kanada terbabit mendapat jangkitan serius akibat implan terbabit dan menyebabkan komplikasi yang menyakitkan. Akibat komplikasi pembedahan plastik tersebut, dia telah diintubasi dan malangnya beberapa jam selepas proses intubasi, dia dilaporkan meninggal dunia.

774963ea f9b2 4a7b 8089 0efb8fbb90df 1

Baca Lagi: Henry Golding Merupakan Lelaki Ke-9 Paling Kacak Di Dunia

Menurut juru publistinya iaitu Eric Blake, Saint Von Colucci telah berpindah ke Korea Selatan sejak tahun 2019 lagi untuk menceburkan diri ke bidang muzik. Saint Von Colucci merupakan seorang trainee (pelatih) untuk salah sebuah syarikat hiburan terbesar di Korea Selatan.

Eric Blake berkata lagi, “kematian Saint Von Colucci adalah amat tragik dan menyedihkan.”

Eric Blake telah bekerja dengan Saint Von Colucci sejak bulan Mac tahun 2022 lagi. Eric Blake mendedahkan bahawa jejaka yang mempunyai ketinggian 6 kaki dan berat 182 pound itu sering merasa ‘tidak yakin’ dengan penampilan dan bentuk wajahnya.

Dia selalu merasa tidak yakin dengan penampilannya”. Eric Blake menjelaskan lagi, “Dia mempunyai bentuk rahang dan dagu yang bersegi empat, dan dia memang tidak menyukai bentuk wajahnya kerana dia merasakan bentuk wajahnya terlalu lebar, dia mahukan wajah berbentuk V yang dimiliki oleh kebanyakan orang Asia”.

36d581c6 6094 4b07 b817 8df1ec76ae30Eric Blake mendedahkan lagi bahawa Saint Von Colucci telah menjalani 12 sesi pembedahan plastik termasuklah pembedahan rahang, implan, pembedahan hidung, mata, kening dan banyak lagi.

Saint Von Colucci sedar betapa besarnya risiko yang perlu diambil untuk menjalankan prosedur pembedahan rahang, tetapi pelakon itu tetap berkeras mahu melakukannya.

Pembedahan implan rahang amat berbahaya kerana rahang asal yang semulajadi akan dibentuk semula dan dimasukkan implan untuk memberi bentuk garis rahang yang baru.

Saint Von Colucci memang tidak berpuas hati dengan bentuk wajah asalnya. Dia dikatakan sukar untuk mendapat sebarang tawaran lakonan di Korea Selatan kerana wajahnya yang kebaratan, dia sudah tidak mahu lagi merasa diskriminasi dan menginginkan wajah seperti Jimin BTS.

Tahun lepas, dia dilaporkan akan berlakon dalam drama bersiri Korea Pretty Lies (Cogimar), membawa peranan sebagai Jimin telah menjalani penggambaran dari Jun hingga Disember dan akan ditayangkan pada perkhidmatan penstriman AS akhir tahun ini.

Baca Juga: 10 Pelakon Lelaki Kacak Yang Menjadi Idaman Pelakon Wanita Korea