Home Artis Korea Kenali Kang Ki Young, Villain The Uncanny Counter 2

Kenali Kang Ki Young, Villain The Uncanny Counter 2

0

Dalam projek terbarunya, The Uncanny Counter 2 (2023), Kang Ki Young membawa watak antagonis yang bernama Hwang Pil Gwang. Dia merupakan villain yang akan mencetuskan banyak konflik dengan para counter. Kekuatannya juga bukan main-main kerana dia dikenali sebagai roh jahat yang begitu kejam.

Baca lagi: The Uncanny Counter 2 Kembali Lebih Kuat, Tayang 29 Julai

Kang Ki-young lahir pada 14 Oktober 1983 adalah pelakon lelaki Korea Selatan. Dia dikenal kerana menjadi pelakon pembantu dalam pelbagai drama siri Korea terkenal. Pada 27 Mei 2019, Kang Ki Young mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang bukan berasal dari kalangan selebriti.

Kang Ki Young memutuskan untuk berkongsi secara umum mengenai kisah percintaannya sejak 2018 setelah tiga tahun menjalin hubungan cinta. Dia selalu meluahkan penghargaan dan rasa sayangnya kepada kekasih hati di setiap kesempatan yang dimilikinya. Contohnya sewaktu meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki di MBC Drama Awards 2018.

Dalam ucapan kemenangannya, Kang Ki Young menyelitkan ucapan terima kasih kepada figura ‘muse’ yang merujuk kepada teman wanitanya ketika itu. Setelah dua tahun membina rumah tangga, Kang Ki Young dan isteri dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Kang Lee Jun pada 12 November 2021.

Kang Ki Young bukan calang-calang juga dari segi akademik, dia telah menggenggam segulung ijazah dalam jurusan Teater dan Filem dari The University of Suwon.

Walau wataknya sangat bengis dalam The Uncanny Counter 2, perwatakan sebenar Kang Ki Young sangat berbeza. Dia tidaklah berperangai bengis dan buruk di kehidupan nyata. Pelakon berbakat besar ini sering kelihatan memberikan senyuman lebar dan selalu tampil ceria.

Jom kita lihat beberapa keping gambar Kang Ki Young yang sangat berbeza dengan watak villain yang dibawa olehnya:

 

1. Kang Ki Young sering menyeringai jahat ketika membawa watak Hwang Pil Gwang, tapi senyumnya yang ini manis bukan?

f7ce0e63 92e4 4ef4 8af8 9c67a47fb043

 

2. Setelah membuat majlis perjumpaan bersama peminat di Osaka, dia tidak lupa untuk menyapa para peminatnya melalui gambar cute yang dikongsi olehnya

d142e008 6910 46a8 99d5 0e2cda3d6b45

3. Pelakon ini juga tampak bahagia ketika berjaya membawa pulang anugerah di First Brand Award 2023

01e0f72a f6e8 4a35 a4aa 947fd2970aa9

4. Bergaya di ruangan terbuka juga menjadi kegemaran bagi pelakon yang sudah berusia 40 tahun ini

Kang ki young

5. Makan makanan menyelerakan di restoran menjadi salah satu aktiviti yang sering dikongsi oleh Kang Ki-young

86c88e22 9f79 4971 bdcc de8cdd7f0ac7

6. Kang Ki-young ketika bercuti ke Guam pada Oktober 2022 yang lalu

5276d66d aaa3 4c9e bb01 05c6bc3ef6d1

 

7. Termasuk social butterfly, dia sering mendapat kiriman food truck dari rakan-rakannya sebagai bentuk sokongan

f924b162 011d 4490 8664 5b114a198d87
Tentu ramai penonton yang merasa geram dengan watak Kang Ki Young dalam Uncanny Counter 2 ini. Namun, perkara tersebut menjadi bukti bahawa lakonannya sebagai villain sangat berkesan!

Baca lagi: Kdrama 2023 – 7 Watak Roh Jahat dan Iblis
Baca juga: The Uncanny Counter 2 – Senarai Kuasa Ahli Counter dan Roh Jahat