Home Fashion “Kemain,Lepak Dengan Budak-Budak Up”- Rose BLACKPINK Lepak ‘Minum’ Dengan Artis Hollywood

“Kemain,Lepak Dengan Budak-Budak Up”- Rose BLACKPINK Lepak ‘Minum’ Dengan Artis Hollywood

0

Nampaknya Rose BLACKPINK sangat ‘enjoy’ lepak dengan artis-artis antarabangsa baru-baru ini ketika di Minggu Fesyen Paris!

Pada 2 Oktober yang lalu, pengarah kreatif Saint Laurent, Anthony Vaccarello telah memuatnaik hantaran di Instagram Stories gambar suafoto beliau bersama Rose dan beberapa selebriti terkemuka yang lain di sebuah restoran Sushi yang ternama selepas selesai Minggu Fesyen Paris.

Anthony Vaccarello Rose

Ketika makan malam, Vaccarello dilihat menikmati hidangan dengan beberapa artis yang lain termasuk Rose BLACKPINK, Hailey Bieber, Rosie Huntington-Whiteley, Zoe Kravits dan Anja Rubik.

Selepas itu, Rose dikatakan telah ‘repost’ semula hantaran Vaccarello tersebut di instagram miliknya.Rose merupakan duta global bagi jenama mewah, Saint Laurent dan turut diberi tempat duduk barisan hadapan ketika pertunjukan Spring 2023 pada minggu lalu.

Sumber: Soompi

Baca artikel terdahulu: Kdrama ‘Little Women’ Menyinggung Perasaan Rakyat Vietnam Dengan Dialog Ini!