Home Lifestyle Kek Kahwin Idaman Peminat Mi Segera

Kek Kahwin Idaman Peminat Mi Segera

0

Sekiranya majlis perkahwinan anda nanti bertemakan ‘Cinta Zaman Kampus’, kek kahwin ini sesuai menjadi pilihan kerana mi segera sinonim dengan makanan ruji pelajar universiti terutama semasa poket kering.

Indomie merupakan salah satu jenama mi segera popular dari negara seberang. Sebuah kafe di Jakarta, Indonesia mencipta kelainan dengan menyediakan pencuci mulut berasaskan mi segera.

Kedai itu adalah Tot Aw, singkatan kepada Totally Awesome.

Kafe ini diasaskan pada tahun 2016 dan mendapat perhatian warganet setelah beberapa keping gambar menunya yang unik dimuat naik ke laman Instagram.

Menurut Erwin, chef dan pemilik kafe tersebut berkata dia mendapat ilham untuk membuat kek mi segera berikutan kenangan zaman kanak-kanak ibu mereka mengisi bekal makanan tengah hari mereka dengan Indomie.

Kira-kira 14 hingga 17 paket mi segera Indomie diperlukan untuk membuat sebiji kek dua tingkat, manakala ‘topping’ pula boleh dipilih sama ada mahu diletakkan rendang, keju, ayam, bebola daging atau sotong.

Tak minat kek? Jangan risau, sebab kuih donut pun ada.

 

Penulis tak pasti selera anda bagaimana tapi kalau tanya penulis- sorry red velvet, kek ini nampak lebih ‘mengancam’!

Sumber: The Jakarta Post