Home Entertainment Happy Old Year, Filem Untuk Orang Yang Nak ‘Move On’ Tetapi Sukar...

Happy Old Year, Filem Untuk Orang Yang Nak ‘Move On’ Tetapi Sukar Untuk Melepaskan

0

Jean, seorang wanita berusia 28 tahun merancang ubah suai rumahnya menjadi ‘home office’ yang minimal. Mula-mula sekali, dia harus mengemas rumahnya yang seperti gedung jualan murah.

Wanita ini bekerjasama dengan saudara lelakinya, Jay untuk membuang barang-barang lama yang sudah tidak penting lagi walaupun terpaksa berhadapan dengan ibu mereka yang merupakan seorang pengumpul tegar atau hoarder.

Selain itu, mereka juga berperang dengan emosi masing-masing kerana setiap barang ini ada kenangan tersendiri misalnya mainan kegemaran yang patah riuk, hadiah hari jadi dan poskad yang diberi oleh keluarga dan kawan-kawan. Sukarnya untuk buat pilihan yang mana barang patut disimpan dan dibuang.

Sehinggalah Jean terjumpa objek yang mengingatkannya kepada kekasih lamanya, Aim. Anehnya, dia mempunyai 100 sebab untuk membuangnya tetapi masih ada 100 sebab untuk menyimpannya. ‘Membuang’ perasaan kepada seseorang dari masa silam tidak semudah membuang barang lama.

Apakah yang akan Jean lakukan pada barang-barang Aim? Adakah dia patut membuang segala-galanya atau memulangkannya semula kepada pemilik asal bagi mengosongkan isi rumah dan hatinya?

Filem lakonan mantap Chutimon Chuengcharoensukying (bintang filem ‘Bad Genius’) dan Sunny Suwanmethanont (wajahnya ada di mana-mana dalam movie Thai).